10 Jam Tangan Mewah Yang Terbaik Untuk Wanita (Update 2021)

Safwa Sophia 5,010 Viewer 17 Apr, 2024 05:19 AM

Bagi wanita yang menjaga penampilan, jam tangan merupakan aksesori penting yang perlu ada. Ia bukan sekadar fungsi, jam tangan juga menjadi daya tarik menerusi reka bentuknya. Maka tidak menghairankan jika ramai wanita kini menjadikan jam tangan sebagai koleksi peribadi.

Jam tangan juga boleh mencecah sehingga ribuan dan jutaan ringgit, malah bagi mereka yang menyukai jenama antarabangsa akan menganggap label antarabangsa amat penting dan menjadi satu kepuasan. Ia sekaligus mencerminkan personaliti dan penampilan si pemakai.

Jom kita ‘cuci mata’ jenama jam tangan mewah yang digilai oleh kaum wanita.


1. Hublot Big Bang


Tarikan utama jam jenama mahal ini adalah ukiran berlian 1280 karat. Dan kerana itulah harganya US$ 5 juta atau bersamaan dengan lebih RM20 juta!


2. Richard Mille Lady RM 007 ‘Diamond Cruncher’ in White Gold 


Jam ini direka buat wanita yang sukakan gaya glamor sederhana dan menghargai rekaan berkelas tinggi dalam penghasilan jam berkenaan. Jam tangan yang berharga RM486,000 ini turut dimiliki isteri bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.


3. Patek Philippe Ladies Complicated Watch


Jenama jam tangan dari Swiss ini secara konsisten menghasilkan rekaan yang dilengkapi dengan kalendar, bulan, waktu dunia dan waktu semasa. Antara yang digilai dalam model chronograph ini adalah Patek Philippe Ladies Complicated Watch model 4937G. 

Jam tangan ini tampil dengan emas putih 18 karat dan kulit buaya bewarna putih membaluti bahagian tali. Unsur mewah jam ini pula terletak pada ‘casing’ hadapan yang dibuat menggunakan 445 berlian, ‘casing’ belakang menggunakan kristal ‘sapphire’, manakala ‘buckle set’ dengan 27 berlian. Ia juga tahan dalam air sehingga 30 meter.


4. Cartier Pasha De Cartier Small Model Watch


Siapa tidak kenal dengan jenama barang kemas Cartier yang sering hadir dengan selera mewah dan ekstravaganza?  Rekaannya sentiasa bertakhtakan berlian, kristal dan batu mewah yang lain sekaligus menjadikan penampilan seseorang itu elegan dan bergaya.

Cartier Pasha De Cartier Small Model Watch didatangkan dengan ‘casing’nya berbentuk bulat dengan emas putih 18 karat, dan bahagian belakang pula dari bahan kristal ‘sapphire’. 


5. Louis Moinet Meteoris 


Sesuai dengan namanya, material jam ini diperbuat daripada batu dari bulan dan hanya wujud empat utas sahaja jam tangan jenama ini di dunia! Amat eksklusif apatah lagi dengan setiap darinya bernilai US$ 4.6 juta!


6. Cartier Tank Americaine Small Model Watch 


Dengan rupa yang glamor, siri jam tangan wanita Cartier ini tampil dengan ‘casing’ di hadapan dan belakangnya berbentuk segi empat tepat dengan materialnya daripada emas rose 18 karat.

Tanpa tambahan aksesori yang lain, jam tangan Cartier ini sudah cukup melengkapkan gaya anda sama ada ke pejabat atau bersantai!


7. Jacob & Co. Billionaire Watch


Melihatkan reka bentuknya yang mewah dan sarat, jam tangan ini dilengkapi dengan berlian zamrud 260 karat. Potongan profesional menjadikan menyerlahkan lagi berlian yang ditetapkan dalam gaya piramid terbalik. Harganya? US$ 18.27 juta atau bersamaan dengan lebih dari RM75 juta!


8. Chopard 201-Carat Watch 


Pemakaian jam tangan dengan jenama tertentu juga menunjukkan kelas sosial tertentu. Chopard dikenali oleh pengikut fesyen semasa kerana kehandalan perekanya menggabungkan ‘precious stones’ seperti ‘sapphire’, ‘ruby’ dan berlian dalam sesuatu rekaan.

Rekaan jam tangan wanita yang ini misalnya, dihasil dengan gabungan 874 permata. Amat mewah!

9. Cartier La Dona Watch 


Jenama ini sering menjadi pilihan selebriti dan fashionista seluruh dunia. Mana tidaknya, rekaan ada kelas tersendiri dan menonjolkan sisi mewah di pemakainya. Hadir dengan empat pilihan warna (emas, perak, merah dan merah jambu), Cartier La Dona diperbuat dari emas putih 18 karat dan dilengkapi dengan gelang emas putih, manakala ‘casing’ berbentuk segi empat sama digilap dengan material emas kuning 18 karat.


10. Graff Diamond The Fascination 


Jam tangan wanita ini diperbuat dari 152,96 karat berlian putih dengan bahagian tengahnya pula merupakan potongan berlian mewah 38 karat dengan bentuk buah pear. 


Apa Itu Layby?


Layby adalah sebuah e-Commerce yang menawarkan barangan mewah dengan bayaran secara ansuran tanpa hutang. Anda boleh membuat Pre-Order dengan membayar deposit dan membayar ansuran mengikut pelan yang anda pilih dari 3 bulan hingga 12 bulan. Tanpa Faedah, Tiada Caj Tersembunyi dan Tidak perlu risau tentang ccris dan ctos. Layari Layby sekarang untuk lihat barangan pilihan anda.