3 CARA SUSUN KEPERLUAN DAN KEHENDAK

Imran Adam 925 Viewer 21 Apr, 2024 23:21 PM

3 CARA SUSUN KEPERLUAN DAN KEHENDAK

...


Mulakan dengan senaraikan semua barang yang korang beli dan bayar setiap.

Ini termasuk makanan, barang mandian, hingga ke bayar parking.


Bahagikan kepada 2 bahagian. Satu ‘keperluan,’ dan satu lagi ‘kehendak.’ Jumlahkan semua, dan selaraskan mengikut perkara yang lebih utama.


Kalau ikut NerdWallet, mereka akan saran gunakan bajet 50/30/20 :

* 50% untuk belanja ’keperluan,’
* 30% untuk belanja ‘kehendak,’
* 20% untuk ‘simpanan’ dan bayar hutang.

Katakan pula, perbelanjaan semasa korang tak sepadan dengan senarai yang korang buat. Macam mana nak buat?

.

Korang boleh ubah dengan:

1. Tengok balik senarai yang anda buat.

Kaji balik betul-betul senarai yang korang buat tadi. Mungkin ada benda yang korang terlepas pandang, yang berada dalam kategori ‘keperluan,’ tapi sebenarnya ‘kehendak.’

2. Rangka balik belanja ‘keperluan’

Walaupun korang perlu bayar sesuatu perkara (sebagai contoh,bil handphone), korang boleh pilih pakej lebih rendah dan meminimumkan penggunaannya.

3. Kurangkan belanja KEHENDAK


Ini paling senang, tapi tak semua orang sanggup buat. Tak bermakna korang tak boleh berbelanja langsung.

Cuma, kena kurangkan. Kalau nak beli barang yang mahal sikit, kumpul duit.
Boleh je beli barang yang korang nak, janji bajet korang tak koyak.


Apa-apa pun, keperluan dan kehendak antara setiap orang tak sama. Kadang-kadang kita rasa nak sangat beli ‘benda’ tu sampai rasa itu adalah keperluan,selagi tak dapat selagi tu tak tenang.
Nak lagi benda tu baru release.Memang mengoda.


Tapi,korang cuba buat-buat lupa, jangan fikir sangat. Lama-lama ‘benda’ tu dah jadi kehendak. Harga pun jatuh.

.

Kalau korang ada perancangan untuk membeli mengikut plan rancangan korang untuk bayar secara ansuran atau bulanan, korang boleh try di Layby.my .

Di layby.my , kami menawarkan bayaran secara ansuran dan bulanan kepada pengguna kami, dan paling penting tiada apa apa caj tambahan.

Boleh usha usha dulu barang yang ada di layby.my , klik link di bawah :

https://layby.my/

So jangan ragu ragu dan tunggu lama, layby.my sangat membantu dalam merancang kewangan anda.

.


Buat apa berhutang kalau boleh layby?
Biar lambat dapat, asal tak terjerat.