4 KESAN BURUK HUTANG TERHADAP KEHIDUPAN!

Imran Adam 5,826 Viewer 20 Apr, 2024 04:44 AM

4 KESAN BURUK HUTANG TERHADAP KEHIDUPAN!



...



.

.


INI DIA 4 KESAN BURUK HUTANG TERHADAP KEHIDUPAN! 



1. MENGALAMI TEKANAN PERASAAN DAN MASALAH KESIHATAN 


Berhutang melebihi kemampuan akan meletakkan seseorang individu itu di dalam keadaan yang sentiasa runsing. Mana tidaknya, hutang yang ada melebihi pendapatan yang dimiliki. Ini boleh membawa kepada punca tekanan perasaan dan masalah kesihatan.


Masalah seperti ini tidak boleh dipandand enteng kerana ada yang sanggup mengambil jalan singkat seperti membunuh diri bagi mengelakkan perlunya membayar hutang.


Tekanan perasaan dan masalah kesihatan boleh menjejaskan prestasi anda ditempat kerja. Ini boleh menyebabkan anda kehilangan perkerjaan dan membawa kepada masalah yang lebih besar.


Sudah jatuh lagi ditimpa tangga.


Tiada punca pendapatan, macam mana hutang-hutang nak dilangsaikan?


Semakin tinggi bebanan hutang anda, semakin tinggi kemungkinan untuk anda mengalami tekanan dan kemurungan. Biar hidup bersederhana, bukannya hidup merana.



2. KERUNTUHAN INSTITUSI KEKELUARGAAN


Kedudukan ekonomi yang kukuh merupakan salah satu tonggak utama teguhnya institusi kekeluargaan. Jika sesebuah kekeluarga itu mengalami masalah ekonomi sudah pasti ia akan mempengaruhi keharmonian rumah tangga.


Perbelanjaan rumah, perbelanjaan anak-anak, pembayaran aset-aset seperti rumah dan kereta akan terganggu dek kerana hutang yang menimbun. Suami dan isteri akan sentiasa bertengkar mencari jalan kepada masalah yang tiada kesudahannya. 


Akhirnya penceraian menjadi penyelesaian namun hutang masih menghantui. Intitusi kekeluargaan tergadai, anak-anak menjadi mangsa keadaan.


Rancang kewangan anda dengan baik dan berbincang dengan pasangan sebelum membuat apa-apa keputusan. 


3. PENINGKATAN AKTIVITI JENAYAH DALAM MASYARAKAT


Mereka yang hidup menimbun dengan hutang selalunya memilih jalan mudah untuk mendapatkan duit dengan cepat dengan cara meminjam daripada ‘ahlong’.


Kita sedia maklum akan bahaya menbuat pinjaman dengan mereka kerana faedah pinjaman yang tinggi. Kes-kes pukul, kes-kes ancaman, malah kes bunuh tidak asing lagi dengan sindiket pinjaman along  ini. Jenayah-jenayah seperti ini bukan sahaja mengganggu kehidupan individu yang berhutang malah kehidupan masyarakat setempat.


Mereka yang terdesak dengan hutang juga kadang kala sanggup mencuri dan sebagainya demi untuk membayar hutang yang menggunung.


4. MENGHADAPI RISIKO MUFLIS


Sekiranya anda berhutang dengan pihak bank dan anda tidak mampu untuk membayar hutang-hutang tersebut anda akan diisytiharkan sebagai muflis. Nama anda akan disenarai hitamkan dan aset-aset anda akan dirampas atau disita oleh pihak bank.


Perbelanjaan menggunakan kredit kad contohnya mampu memerangkap pengguna untuk berbelanja tak ingat dunia. Hutang yang menimbun tak nampak, tahu-tahu saja surat diterima hutang panjang berjela.


Kepuasan untuk jangka masa pendek, memberi kesan untuk kehidupan anda dia masa hadapan. Belajar kawal perbelanjaan dan berbelanja dengan berhemah.


.

.


MEMBELI DI LAYBY.MY MENGELAK DIRI ANDA BERHUTANG! 



Di layby.my anda boleh embeli barang secara bayaran ansuran sekaligus anda boleh menguruskan kewangan anda. Anda tidak perlu berhutang bersama layby.my, anda juga boleh bayar sikit sikit di layby.my dan jika anda terpaksa skip bayar, tiada masalah kerana layby.my tiada apa apa caj tambahan. 


Cuba explore option pembelian secara layby. Apa itu perjanjian jual-beli layby? 

- Jemput baca : 


Secara ringkasnya, sejenis kontrak jual-beli barang secara bayaran ansuran tetapi tak melibatkan sebarang hutang.

Kaedah layby ini sangan popular di Australia dan New Zealand, dan kami ingin bawakan kaedah jual-beli yang lebih baik ini untuk rakyat Malaysia!


.


Layari www.layby.my sekarang dan rasai nikmat membeli barang secara terancang!


Buat apa berhutang kalau boleh layby?

Biar lambat dapat, asal tak terjerat!