6 PERKARA PERLU ELAK KALAU NAK KUALI TAHAN LAMA.

Imran Adam 761 Viewer 25 Apr, 2024 06:21 AM

6 PERKARA PERLU ELAK KALAU NAK KUALI TAHAN LAMA.


Sebelum itu boleh follow instagram & twitter kami di : 


instagram : https://www.instagram.com/jom.layby/
twitter : https://twitter.com/LaybyMy


Sayanglah kan kalau kita dah beli set cookware, kuali yang mahal mahal tapi benda tak tahan lama. Rasa macam membazir. Kejap je boleh pakai lepas tu dah kena tukar yang lain.

Jadi jangan risau, harini meh min nak share 6 perkara yang perlu korang elak kalau nak kuali tahan lama. Baca supaya tak perlu membazir lagi! 


1. JANGAN BIAR KUALI TERLALU PANAS.

Lepas je anda letak kuali anda atas dapur, tuang minyak segera dan jangan biarkan dia terlalu panas. Sebab kalau kuali non-stick dibiarkan panas, ia akan menghasilkan toksik yang membahayakan kesihatan. 

Menurut Professor Robert L. Wolke, dari University of Pittsburgh kuali non-stick selamat digunakan selagi ia tidak dibiarkan terlalu panas. Jika terjadi, salutan yang melapisi kuali mungkin mula pecah (pada tahap molekul) dan zarah-zarah serta gas toksik, sesetengahnya karsinogenik, boleh dibebaskan.


2. MASAK GUNA API SEDERHANA. 

Elakkan menggunakan api besar dan masak dalam jangka masa yang lama. Pastikan suhu kuali anggaran di bawah 500C bagi mengelakkan lapisan non-stick kuali anda rosak. Jadi, janganlah masak rendang guna kuali mahal ya.


3. JANGAN KERINGKAN AIR DALAM KUALI.

Biasanya, lepas kuali di basuh dan nak guna kembali, kita akan panaskan diatas dapur dan biar airnya tersejat kan? Ha..Bila guna kuali mahal ni, jangan buat macam tu tau. Sebaiknya, selepas dicuci, anda lap menggunakan kain lembut bagi mengeringkan air dan bolehlah digunakan untuk memasak.


4. GUNA PERALATAN LOGAM.

Memang pantang memasak guna kuali ni guna senduk dan sudip hatta sudu sekalipun yang diperbuat dari logam. Mintak jauhhhhh… Ini kerana bila bergesel, ia akan menghakis permukaan kuali anda. Sayang tau bila cuci, tengok ada kesan calar pula dekat dasar kuali atau periuk. Bila permukaan tahan lekat tu tercalar , masakan yang anda masak pasti akan melekat. Sebaiknya, gunalah alatan memasak yang diperbuat dari kayu atau plastik tahan panas.  Biasanya mak-mak memang dah tahu pantang larang yang ni, tetapi yang biasa buat macam ni ialah bila sesekali harapkan suami atau anak-anak untuk tolong masak. Bederau darah tengok mereka selamba je balik telur dadar pakai sudip besi. Memang menjeritlah tuan tanah kan!


5. CUCI GUNA SPAN LEMBUT. 

Kuali non-stick ni memang ciri ‘lahiriah’nya senang untuk dicuci. Sebab itu bila nak basuh, hanya guna span lembut sahaja. Bukan ada kotoran memasak yang susah nak tanggal pun kan? Kalau ada sedikit-sedikit yang melekat tu, sentallah perlahan-lahan. Jangan pula anda tonyoh guna berus besi. Memang naya puan-puan. Rosak kuali tu.


6. ELAK SUSUN BERLAPIS.

Dekat dapur anda tu kan banyak kuali, periuk yang digunakan. Jadi, sewaktu menyimpan tu elakkan dari menyusun kuali non-stick ni secara bertindan-tindan. Sebaiknya, gantung atau biarkan tanpa ada benda lain yang disusun diatasnya. Jika nak susun juga? Boleh…Tetapi kena alas dulu permukaan kuali dengan tuala lembut atau apa-apa sahaja lapik agar permukaan non-sticknya tidak tercalar.



Semoga bermanfaat ya, jaga dan sayanglah kuali mahal anda!

Boleh layby kuali dari jenama Tefal dan lain lain di layby sekarang, klik link bawah ni : 


https://layby.my/shop/kitchen-appliance


Jadi, jom shopping secara terancang dan bebas hutang di www.layby.my!


Buat apa berhutang kalau boleh layby?

Biar lambat dapat, asal tak terjerat!