Asas Solekan: Apa yang anda perlu tahu mengenai alat solek (make up)

MOHD HANIF BIN MOHD YUSOF 6,030 Viewer 28 Mar, 2024 19:47 PM

Anda mungkin sudah bersedia untuk memulakan mencelupkan berus make up baru anda ke dalam lautan warna, tetapi sebelum anda merosakkan kecantikkan semulajadi anda, jadikan panduan asas solek utama (make up essentials) untuk beginner  ini sebagai  rujukan anda.


Foundation

Image result for make up foundation set image

Setelah menyiapkan kulit anda, bedak asas ataupun foundation  adalah langkah pertama anda. Untuk mengelakkan penampilan seperti plastik yang ditakuti, pakar mengesyorkan menggunakan bedak asas bersama span kecantikan. Ia menyerap bedak asas dengan baik, membolehkan anda menyapu secara beransur-ansur untuk menambahkan jumlah bedak asas yang ideal pada kulit anda.


Concealer

Image result for concealer image

Concealer adalah bahan penting dalam rutin kecantikan anda, menurut pendapat majoriti pakar. Dan kami dengan senang hati menyokong pendapat itu! Concealer menawarkan kemasan seperti beautify filter ataupun Photoshop yang semua orang inginkan; namun, ia mungkin merupakan alat solek paling sukar untuk dikuasai oleh beginner.


Dua jenis  concealer yang ingin kita cari adalah face concealer dan eye concealer. Kita perlukan concelaer lembab, meresap masuk ke bawah mata dan melembutkan penampilan garis-garis halus yang. Concealer untuk muka biasanya lebih padat dan kering dan ini sangat sesuai untuk menutupi cela atau perubahan warna yang menjengkelkan. 


Bronzer

Image result for bronzer makeup image

Sekarang anda mempunyai asas yang sempurna, sudah tiba masanya untuk menambah sedikit percikan. Bronzer merupakan top 5 alat solek yang perlu ada didalam beg tangan anda menurut pakar. Sangat mustahak untuk menambahkan sentuhan warna pada kulit yang bersih dan pucat. Bagaimana untuk melakukannya tanpa berlebihan? Pakar menasihatkan untuk menyapukan sedikit bronzer ke garis rambut (hair line), melintasi tulang pipi dan leher untuk menyerlahkan texture  semulajadi wajah anda.


Eyeliner

Image result for eyeliner image

Eyeliner mengandunig 90% kesusahan, 10% glam , tetapi 100% penting. Selain itu, ia dapat mengubah keseluruhan solekan pagi anda menjadi solekan malam dengan hanya sedikit garisan. Kami sarankan untuk anda menggunakan eyeliner jenis pensel — walaupun mungkin bukan alat yang bagus untuk winged eyeliner look yang hebat, ianya jauh kurang renyah dan bagus untuk wanita yang masih baru menggunakan peralatan solek.


Petua Pakar: Mulakan dengan mewarnakan di bahagian tengah mata dan dengan ringan dan perlahan, buat kan titik-titik kecil dan gerakkan pensel kearah bulu mata, secara beransur-ansur menuju ke bahagian luar mata. Menghubungkan titik adalah cara mudah untuk membuat penampilan yang lebih semula jadi.


Maskara

Image result for mascara image

Sekarang masanya untuk memanjangkan bulu mata dengan beberapa maskara. Make up beginner  mana-mana pun pasti tau kegunaan maskara ini. Ambil maskara yang baru dicelup dan sapukan satu hingga dua lapisan sebelum anda melengkapkan penampilan anda. Maskara sangat penting untuk semua, ianya  mengggelapkan, melebatkan dan memanjangkan bulu mata untuk penampilan yang menyerlah.



Neutral Eyeshadow Palette

Image result for natural eye shadow palette image

Neutral Eyeshadow Palette akan mendapatkan markah penuh untuk solekan anda. Anda tidak akan silap dengan tona warna taupes, gangsa, coklat dan bayangan berwarna krim untuk penampilan yang 'mudah serasi' dengan apa jua warna mata.


Pakar memberikan cara mudah untuk mendapatkan penampilan semula jadi dengan hanya tiga alat mudah:


  • Berus pembayang mata: ini adalah asas untuk meletakkan eyeshadow secara ringan di atas kelopak mata
  • Smudge Brush: berus ini biasanya memiliki bulu yang lebat untuk menyapukan jumlah produk yang lebih berat. Cari kubah yang berbentuk pemadam pensil untuk memberikan lebih kawalan ketika aplikasi.
  • Blending brush: memberi pilihan untuk menerapkan warna yang lembut pada lipatan dan / atau menambahkan bayangan di atas lipatan.


Brow Pencil

Image result for brow pencil image

Mana-mana beginner boleh mula mewarna kening mereka menggunakan gel keningatau powder shadow. Tetapi jika anda telah mencuba rutin guru kecantikan tetapi tidak mendapat hasil seperti mereka, Pakar mengesyorkan powder shadow. Powder Shadow lebih memaafkan ketika anda masih dalam fasa mencuba ataupun belajar. Cari berus yang lebih kasar untuk menyapu produk bagi mengelakkan penggunaan terlalu banyak produk sekaligus. 


Lipstick

Image result for lipstick set image

Budak kecil pun tahu mengenai gincu, gincu dapat mengubah keseluruhan penampilan dengan hanya satu sapuan di bibir. Warna neutral dan pop yang sempurna adalah dua jenis warna gincu yang harus disimpan setiap gadis di dalam beg tangan mereka. Pakar mengesyorkan para beginner untuk mengikuti gincu yang mempunyai formula yang mengandungi kandungan lembab untuk penghidratan kerana ianya lebih mudah digunakan.


Untuk mencari warna bibir yang sempurna, pilih warna yang sedikit lebih gelap daripada warna bibir semula jadi. Warna pop yang sering penjadi pilihan pula adalah seperti berry ataupun pink.