BAGAIMANA MAHU MENGELAK DARIPADA BERHUTANG?

Imran Adam 1,592 Viewer 20 Apr, 2024 16:09 PM

BAGAIMANA MAHU MENGELAK DARIPADA BERHUTANG?


...


.


Harini nak kongsikan kepada anda cara untuk mengelak diri dari berhutang. 



1. Rancang pembelanjaan harian


Kegagalan menguruskan kewangan antara faktor terbesar anda terjebak dalam hutang. Anda mungkin rasa anda mampu bayar dan tambah hutang lagi.

Dalam masa yang sama anda akan rasa makin terbeban. Rancanglah perbelanjaan harian dengan sebaik- baiknya.

Bila dapat gaji, buat bajet siap-siap. Belanja ikut bajet yang ditetapkan. Jadi, anda dapat elak untuk rasa mahu berhutang sana sini sementara nak tunggu gaji bulan berikutnya.


2. Membuat simpanan 


Bila dapat gaji simpan dulu sebelum berbelanja.


Mulakan menyimpan sekurang-kurangnya 10% daripada pendapatan yang anda terima.

Menabung walaupun sedikit. Menyimpan dengan konsisten dan berkualiti.

Buat simpanan ikut pendapatan dan kemampuan anda. Jangan ikut orang. Yang penting, menyimpan.



3. Tambahkan pendapatan sampingan 


Jika pendapatan bulanan tidak mencukupi, buatlah kerja sampingan yang lain. Boleh jadi ejen dropship, jual barang online.

Zaman sekarang, duit bukan segalamya, tapi segalanya perlu duit. Serba serbi duit. Anda harus bijak mencari pendapatan sampingan. Janji halal.



4. Utamakan Keperluan & Jauhi Sifat Membazir


Beli barang yang perlu sahaja. Tak perlulah membazir kalau membeli barang dapur tersebut.

Senaraikan dahulu barang apa yang anda perlu beli. Baru anda tahu yang mana perlu dan yang mana tidak.


5. Tanamkan Niat Yang Baik


Tanamkan niat untuk mencari rezeki yang halal.

Bukan untuk bermegah ataupun mahu tunjuk mewah.

Tuhan pun akan mudahkan dan lapangkan pintu rezeki. Anda akan rasa cukup dengan rezeki yang diberikan. Tak perlu berhutang.


6. Membeli barang secara Layby!


Membeli barang secara Layby di https://layby.my/ , membayar secara ansuran dan tidak berhutang! 


Membeli barang secara bayaran ansuran sekaligus anda boleh menguruskan kewangan anda. Anda tidak perlu berhutang bersama layby.my, anda juga boleh bayar sikit sikit di layby.my dan jika anda terpaksa skip bayar, tiada masalah kerana layby.my tiada apa apa caj tambahan. 


Cuba explore option pembelian secara layby. Apa itu perjanjian jual-beli layby? 

- Jemput baca : 


Secara ringkasnya, sejenis kontrak jual-beli barang secara bayaran ansuran tetapi tak melibatkan sebarang hutang.

Kaedah layby ini sangan popular di Australia dan New Zealand, dan kami ingin bawakan kaedah jual-beli yang lebih baik ini untuk rakyat Malaysia!


.


Layari www.layby.my sekarang dan rasai nikmat membeli barang secara terancang!


Buat apa berhutang kalau boleh layby?

Biar lambat dapat, asal tak terjerat!