BAYARAN ANSURAN - KEBAIKAN KEPADA PENJUAL DAN PEMBELI!

Imran Adam 6,901 Viewer 23 Apr, 2024 18:49 PM

BAYARAN ANSURAN - KEBAIKAN KEPADA PENJUAL DAN PEMBELI! 

...

.

Ramai antara kita amat gemar membeli barang keperluan mahupun barang yang tidak perlu secara ansuran.  

Bermodalkan 'wang muka'  (wang pendahuluan) atau deposit yang kecil kita mampu memiliki barangan seperti kereta, motor,  rumah dan sebagainya dan ini memang sesuatu yang lazim dikalangan kita. Namun ada sesetengah barangan yang  sebenarnya tidak perlu dibeli dengan cara bayaran ansuran dan ini sangat-sangat merugikan. 

Ada segelintir dari kita yang 'gelap mata' sekejap apabila melihat bayaran bulanannya yang rendah dan percaya mampu membayarnya setiap bulan sehingga habis sedangkan duit yang ada boleh digunakan untuk kegunaan lain. Namun bayaran ansuran ni ada kebaikannya baik kepada penjual mahupun pembeli.


.


Kebaikan kepada penjual : 

1. Penjual mendapat keuntungan kerana harga barang yang dibayar secara ansuran adalah lebih tinggi. 

2. Penjual dapat mengenakan faedah yang tinggi ke atas bayaran ansuran yang terlewat. 

3. Penjual berhak menarik balik barangan sekiranya pembeli gagal membayar ansuran bulanan.

4. Penjual dapat meningkatkan jualan kerana bayaran ansuran mampu menjadikan ramai pengguna membeli lebih banyak barangan. 

Kebaikan kepada pembeli : 

1. Pembeli boleh melatih diri berjimat cermat kerana mereka terpaksa membayar secara ansuran.

2. Pembeli dapat menikmati taraf hidup yang lebih baik kerana faedah yang didapati daripada pengunaan sesuatu barang itu. 

3. Pembeli yang berpendapatan rendah boleh menikmati barang-barang yang lebih mahal. 

4. Sekiranya barang yang dibeli itu rosak, pembeli boleh menunda pembayaran sehingga ia dibaiki.

.

Cuba explore option pembelian secara layby. Apa itu perjanjian jual-beli layby? 

- Jemput baca : https://layby.my/.../layby-konsep-pembayaran-di-australia...

Secara ringkasnya, sejenis kontrak jual-beli barang secara bayaran ansuran tetapi tak melibatkan sebarang hutang.

Kaedah layby ini sangan popular di Australia dan New Zealand, dan kami ingin bawakan kaedah jual-beli yang lebih baik ini untuk rakyat Malaysia!

.

Layari www.layby.my sekarang dan rasai nikmat membeli barang secara terancang!

Buat apa berhutang kalau boleh layby?

Biar lambat dapat, asal tak terjerat!