Beg Tangan : Anda Keliru Dengan Jenis Dan Fungsi Beg ?

Perasan tak ramai wanita gemar ‘sumbat’ macam-macam barang dalam beg tangan mereka?

Safwa Sophia 9,752 Viewer 28 Mar, 2024 16:38 PM

Perasan tak ramai wanita gemar ‘sumbat’ macam-macam barang dalam beg tangan mereka? Tak kiralah sama ada kunci rumah dan kunci kereta, beg make-up, dompet dan resit-resit lama. Kalau yang ada anak kecil pula, pampers dan mainan anak pun turut sama diletak di dalam satu beg. Tak percaya? Cuba check bag anda atau rakan anda sekarang.


Harus diketahui bahawa beg tangan adalah pelengkap gaya yang basic bagi kaum, sama ada untuk ke pejabat, pasaraya atau dating hujung minggu.Terdapat pelbagai jenis, rekaan, bentuk dan jenama beg tangan di pasaran yang boleh disesuaikan dengan majlis dan keadaan yang berbeza. 


Malangnya ramai wanita hanya sekadar membeli beg tangan kesukaan mereka tanpa mengambil kira kesesuaian gaya. Walhal aksesori ini juga mampu mencerminkan personaliti si pemakainya. 

Bagi wanita yang teringin menukar beg tangan dan masih keliru dengan fungsinya, jom ikuti panduan ini!


Jenis-Jenis Beg Tangan Wanita


Mari kita lihat jenis-jenis beg tangan dan fungsi-fungsinya. Masih ramai wanita keliru tentang perkara ini dan juga boleh juga menjadi panduan bagi lelaki untuk membeli beg tangan untuk dihadiahkan kepada yang tersayang.


1. Tote Bag


Jika ada temu janji dengan teman atau mahu ber’shopping’ di hujung minggu, tote bag adalah pelengkap gaya buat wanita. Sifatnya yang bebas dan mempunyai ruang yang besar serta praktikal, menjadikan ramai wanita menggemarkan ia sebagai beg ke pejabat supaya pelbagai barangan boleh diletakkan di dalamnya.


2. Sling Bag (Beg Silang)


Boleh dikatakan fesyen wanita muda hari ini. Saiznya yang kecil menyerlahkan gaya minimalis kepada si pemakai. Ia boleh digunakan sama ada dengan tali panjang atau pendek, bergantung kepada stail si pemakai. 


3. Beg Hobo


Beg tangan stail ini satu tali untuk disangkut pada bahu, tidak berstuktur dan lembik. Sesuai bagi mereka yang gemarkan gaya bohemian.

4. Clutch


Kebiasaannya digayakan di majlis-majlis formal dan glamor dilengkapi dengan juraian manik atau tatahan batu. Ia tidak bertali dan selesa untuk dipegang.


Untuk gaya santai, rekaan clutch lebih santai dan bebas perincian.

5. Bucket Bag


Saiz beg tangan ini lebih panjang dari beg-beg yang lain dan menyerupai bentuk uncang. Ia tidak mempunyai zip dan hanya satu tali panjang untuk diselaras mengikut kesesuaian untuk digalas pada bahu. 


Sesuai pada acara santai, atau digayakan untuk ke kolej dan pejabat.

6. Straw Basket (Beg Jerami)


Pilihan beg tangan sesuai ketika musim panas, tampak lebih chic berbanding koleksi beg anda yang lain. Sesuai digayakan pada hujung minggu jika mahu bersantai di pantai atau laut. Ruangnya yang agak besar sesuai untuk diisi dengan barang peribadi seperti tuala dan makanan ringan.


Boleh juga dijadikan peneman ke pejabat untuk menyimpan komputer riba atau fail dokumen.


7. Baguette Bag


Seperti nama roti Perancis yang bersaiz panjang dan nipis, begitulah rupa beg tangan ini. Bersaiz kompak dengan tali pendek. Sesuai untuk digayakan di majlis-majlis formal.


8. Fanny Pack


Ini bukan fesyen pakcik atau makcik yang berniaga di pasar malam ya! Untuk anda yang mahu bergaya tetapi tetap mahu kelihatan simple, fanny pack adalah jawapannya. Jadikan ia sebahagian koleksi anda yang unik daripada gaya beg tangan biasa.


Ha, lepas ni jangan pakai satu beg tangan yang sama je untuk majlis formal dan santai. Pelbagaikan gaya anda, tak salah pun melabur sedikit duit supaya anda kelihatan bergaya dengan trend semasa.