BUAT APA NAK MAIN KUTU KALAU ANDA BOLEH LAYBY?

Imran Adam 1,639 Viewer 20 Apr, 2024 07:49 AM

BUAT APA NAK MAIN KUTU KALAU ANDA BOLEH LAYBY?

..


.


Permainan kutu di Malaysia tidak asing lagi dengan masyarakat kita. Kini di zaman moden & 

globalisasi ini, permainan kutu ini masih tak lapuk dek hujan, tak lekang dek zaman. Macam 

macam jenis kutu moden ada, contohnya sistem kutu online. 


Mengikut Jabatan Siasatan Jenayah Komersial di bawah Akta (Larangan) Kumpulan Wang Kutu 1971, 

permainan kutu ni adalah salah di sisi undang-undang dan boleh dipenjara tak lebih 10 tahun atau 

didenda tak lebih RM500,00 atau kedua-duanya sekali.


Bukan sebab takut ditipu je, permainan kutu ni jugak tak diiktiraf sebenarnya oleh Bank Negara Malaysia. 

Sebabnya, apa-apa jenis aktiviti yang melibatkan pengumpulan duit dari orang awam sebenarnya kena ada 

lesen yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia dan agensi-agensi lain. Tanpa lesen, aktiviti main kutu 

ni sepatutnya tak boleh dijalankan. 


.


INI DIA 4 RISIKO JIKA ANDA MAIN KUTU!


1. Tiada undang - undang yang membolehkan ahli kutu dibela sekiranya menjadi penipuan. 


2. Masalah dengan ibu kutu 

  -Pecah amanah, ibu kutu membawa lari duit.

  -Tidak tegas.

  -Ibu kutu meninggal dunia (duit kutu jadi hak waris ibu kutu)


3. Masalah dengan ahli 

  -Tak berdisiplin dalam pembayaran (terutama yang mendapat giliran awal) 

  -Melarikan diri 

  -Ahli kutu meninggal (tiada tuntutan boleh dibuat)


4. Ahli yang giliran terakhir dapat menanggung risiko paling tinggi. Mereka juga satu-satunya ahli yang 

   tidak berhutang. Ahli yang lain semua BERHUTANG. Sebab duit / barang dapat sebelum pembayaran penuh dibuat.



SATU ALTERNATIF LAIN YANG LEBIH BAIK UNTUK KUTU ONLINE!



Di layby.my , kami menawarkan alternatif yang lebih baik dari kutu online dimana layby.my tidak akan 

melibatkan ibu kutu mahupun anak kutu. Layby.my juga merupakan sistem yang mengatasi risiko untuk ibu 

kutu melarikan duit kita. Duit akan selamat dan tiada sebarang penipuan.


.


TIADA SEBARANG PENIPUAN DI LAYBY.MY!


Layby.my merupakan satu perniagaan berdaftar di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Bermaksud, 

setiap urusan jual beli di www.layby.my tertakluk kepada undang-undang perniagaan yang ada di Malaysia.

Jika berlaku sebarang penipuan, anda berhak membawa kes penipuan ke muka pengadilan. Kerana anda sebagai 

pembeli juga dilindungi oleh akta dan undang-undang di Malaysia.


.



4 KEBAIKAN LAYBY.MY! 



Seterusnya saya akan mencerita 4 kebaikan layby.my : 





1. Di layby.my , anda tidak perlu menunggu giliran seperti kutu online. Tiada konsep penggiliran. Bermaksud, anda 

sebagai pembeli bertanggungjawab untuk menguruskan pembayaran terhadap pembelian barangan anda sahaja. 

Tidak perlu mengharapkan orang lain untuk berdisiplin membayar. Cukup sekadar anda merancang dan berdisiplin 

dalam mengikuti pelan pembayaran anda. Dipendekkan cerita, habis bayar, barang sampai.



2. Layby.my menawarkan kepada pengguna yang ingin membayar barang secara ansuran serta kami menolong anda menguruskan 

sistem kewangan anda dengan baik. Bila anda membuat pelan untuk membayar, pastinya "cash flow" anda akan lebih teratur dan sistematik.

Kami akan "booked" barang anda kepada pembekal, dan pembekal akan hantar kepada kami barang anda setelah anda buat pembayaran

yang terakhir . Yang bestnya, tiada denda ataupun caj tambahan yang akan dikenakan. Cuma, barang akan dapat lebih lewat kalau anda "skip" bayaran

bulanan anda. 



3. Di layby.my juga, kami menyediakan sistem tracking pembayaran yang canggih. Pembeli dan pembekal boleh menggunakan sistem kami untuk 

memeriksa jadual pembayaran, jumlah yang sudah dibayar, baki yang perlu di bayar, dan jangkaan tarikh akhir pembayaran. Sistem kami juga 

dilengkapin dengan auto notification untuk mengingatkan pembeli untuk membuat pembayaran. Yang penting, TIADA COLLECTOR TERLIBAT.



4. Tiada risiko kepada pembeli dan pembekal. Pembekal tidak perlu mengupah pengutip hutang untuk mengejar pelanggan. Pelanggan juga tidak 

perlu takut dikejar oleh pengutip hutang. Jadi, sememangnya sistem yang layby.my tawarkan lebih baik berbanding kutu online. Anda juga tidak

perlu berhutang jika anda inginkan sesuatu barang. 


.



Jika anda ingin main kutu dan berhutang untuk sesuatu barang, itu hak anda. Tapi anda harus fikir risiko yang bakal anda hadapi. 


Taknak ambil risiko? Gunalah layby.my sebagai sistem pembelian anda. Pasti, duit anda akan selamat & barang juga sangat berkualiti 

dan tiada sebarang penipuan akan terjadi. 


.


Buat apa berhutang kalau boleh layby?

Biar lambat dapat, asal tak terjerat!