Cara mudah untuk mencapai matlamat simpanan atau tabungan anda

MOHD HANIF BIN MOHD YUSOF 1,386 Viewer 28 Mar, 2024 22:00 PM

Smart TV, gajet terkini, telefon pintar terkini, peralatan elektrik terkini, perkakasan dapur berkualiti, kereta idaman, pengubahsuaian rumah, percutian, haji dan umrah, dan macam-macam lagi. Setiap orang memiliki barangan idaman, ataupun impian yang ingin dikecapi. Tetapi tidak semua memiliki wang tunai yang mencukupi.


Tidak kira apa jua impian anda, untuk mencapainya, anda perlu menyediakan rancangan kewangan dan simpanan yang perlu dipatuhi secara berdisiplin. Bukan mudah untuk mendisiplinkan diri menyimpan wang, tetapi ianya tidak mustahil. Anda pasti terkejut betapa mudahnya menyimpan wang untuk barangan idaman anda setelah anda memulakannya. Disini kami ingin berkongsi sedikit tips untuk mencapai matlamat penyimpanan anda.


1. Beri diri anda alasan yang baik untuk menyimpan wang. 

Image result for target free image

Kenapa anda menabung atau menyimpan wang? Buat senarai semua matlamat simpanan atau tabungan anda, termasuk percutian yang istimewa, simpanan kecemasan anda, persaraan, pengubahsuaian kereta, dapur baru atau peralatan dan perkakasan terkini. Kemudian semak semula. Letakkan keutamaan pada senarai matlamat simpanan dan tabungan anda. Keutamaan matlamat penyimpanan wang berbeza-beza mengikut individu. Tapi anda perlu tahu bahawas emakin banyak matlamat yang senaraikan, semakin banyak rancangan yang anda perlu lakukan untuk berada di landasan yang betul untuk mencapainya.


2. Bezakan matlamat jangka pendek, sederhana, dan panjang

Image result for short vs long term

Kaji berapa kos atau modal yang diperlukan untuk mencapai matlamat anda. Selepas itu tetapkan jangka masa untuk mencapai setiap matlamat;  jangka pendek, sederhana atau panjang. Kemudian semak semula jumlah pendapatan anda, kemudian kira jumlah simpanan wang yang anda perlu anda asingkan untuk setiap matlamat. Anda mungkin mahu menetapkan tarikh akhir bila anda ingin mencapai setiap matlamat yang disenaraikan. 


3. Semak dan perbaharui matlamat anda

Image result for priority image

Anda mungkin mendapati bahawa sesetengah perancangan anda tidak realistik berdasarkan pendapatan anda, dan juga tempoh masa yang anda letakkan untuk mencapai matlamat tersebut. Mungkin sedikit pengubahsuaian diperlukan seperti memilih kereta atau percutian yang kurang mewah, atau menetapkan jangka masa lebih lama untuk pengubahsuaian dapur. Mungkin sesetengah matlamat perlu dibuangkan terus!


4. Sediakan akaun atau tabung khas ataupun untuk setiap matlamat.

Image result for jenis tabung

Setelah menetapkan matlamat anda, anda mungkin perlu mempertimbangkan cara terbaik untuk mematuhinya; sesuatu yang perlu diasingkan dari akaun perbankan atau dompet anda. Ini menjadikan matlamat simpanan lebih mudah untuk dipantau dan dipatuhi.


  • Jangka masa pendek - kurang dari setahun

Biasanya untuk pembelian barangan, perkakasan, gajet, dan peralatan terkini. Gunakan akaun khas (berbeza dari akaun bank lazim anda) ataupun gunakan platform seperti www.layby.my yang membolehkan anda mengasingkan wang, khas untuk pembelian seperti ini.


  • Jangka masa sederhana - satu hingga lima tahun

Anda boleh mempertimbangkan deposit berjangka atau Akaun Simpanan Tanpa Cukai. Mereka memberikan keseimbangan yang baik antara kadar pulangan dan keselamatan yang lebih tinggi. Pastikan anda tidak memasukkan dana kecemasan anda ke dalam produk simpanan yang mengenakan denda atau penalti untuk pengeluaran awal.


  • Jangka masa panjang - lebih daripada lima tahun

Apabila anda bercakap mengenai simpanan jangka panjang, perkara yang paling penting dan kritikal seperti tabungpendidikan anak anda, atau tabung persaraan , kami syorkan untuk anda mendapatkan nasihat daripada penasihat kewangan bertauliah. Anda mempunyai lebih banyak pilihan untuk simpanan atau pelaburan jangka masa panjang seperti ASB, Tabung Haji, PTPN, dan KWSP.


5. Patuhi perancangan anda dengan berdisiplin dan komited. Automate kan pembayaran atau simpanan anda

Image result for discipline

Boleh gunakan www.layby.my. untuk sebarang matlamat pembelian jangka pendek (kurang dari setahun). Walaupun platform ini bukanlah tempat untuk menyimpan wang, ianya membolehkan anda sebagai pembeli untuk membuat pembayaran secara ansuran bebas hutang. Anda boleh memilih barang di www.layby.my, dan menggunakan kalkulator layby untuk merancang jumlah bayaran bulanan beserta tempoh bayaran yang dikehandaki mengikut kemampuan dan perancangan anda. Setelah itu, anda hanya perlu checkout, dan membuat pembayaran bulanan di www.layby.my mengikut perancangan anda. Setelah pembayaran akhir dibuat, barangan pembelian anda akan terus dihantar kerumah. 

Antara yang menariknya, platform ini akan menghantar e-mel dan sms untuk mengingatkan anda untuk membuat pembayaran. Oleh kerana anda tidak dikira sebagai berhutang bila membuat pembelian di www.layby.my, tiada sebarang caj tambahan, denda, atau penalti yang akan dikenakan sekiranya anda membuat pembayaran lambat, atau terpaksa skip pembayaran anda. Sangat berguna ketika kecemasan.