HABIS BAYAR BARU DAPAT BARANG? TAK NAK AMBIL CASH PAYMENT PUN?

MOHD HANIF BIN MOHD YUSOF 2,396 Viewer 20 Apr, 2024 02:40 AM

Flexible payment plan yang Layby.my tawarkan adalah berdasarkan konsep bebas hutang. Maksudnya, kami tidak menawarkan sebarang pakej pinjaman ataupun financing.

Apa yang kami buat, setiap kali pembeli kami membuat bayaran deposit, kami akan 'booking' kan barang itu pada supplier kami. Setelah habis pembayaran di buat mengikut pakej bayaran pilihan pembeli, kami akan notify supplier kami untuk membuat penghantaran kepada pembeli / pelanggan Layby.my.

Apa kelebihan bila anda tidak berhutang? Maksudnya anda tiada komitmen tetap dengan kami. Bayar ikut suka, rasa tak cukup duit bulan tu, skip je bayar, tak ada denda yang akan dikenakan. Lambat bayar pun tak masuk CCRIS and CTOS.

Isu cash payment ni pulak, bukan kami taknak ambil, lebih kepada kalau pembeli ada cash yang cukup, boleh la beli direct dari portal-portal e-commerce lain, atau pergi kedai beli direct. Kami pun tak berminat nak menjadi 1 lagi typical e-commerce company. Beli dari e-commerce biasa senang kalau nak cash or swipe credit card. Deal direct dengan penjual. Takpun beli through FB.

Untuk kami, kami hanya offer skim pembayaran bebas hutang ataupun skim pembayaran LAYBY untuk membantu pembeli menguruskan pengaliran wang (cashflow) yang lebih baik. Macam yang kami selalu sebut, tak perlu makan megi sebulan pasal nak beli Playstation ataupun vacuum Dyson. Tak perlu kena blacklist dengan bank pasal barang elektrik.

Untuk supplier kami pula, tak perlu pening kepala nak upah 'collector' untuk kutip hutang. Pembeli pun tak perlu takut hilang jari sebab pinggan Corelle ataupun barang elektrik.

Apa lagi, layby aje la...