Hadapi cabaran kewangan semasa musim pandemik Covid-19 secara berstrategi

MOHD HANIF BIN MOHD YUSOF 1,065 Viewer 20 Apr, 2024 13:24 PM

TERIMA HAKIKAT DAN MOVE ON


Pandemik Covid-19 ini telah mengubah perspektif kita mengenai wang.
Hakikatnya, pandemik ini ada untuk suatu tempoh masa. Jalan penyelesaian pula akan mengambil masa.

Full lockdown, PKP, PKPB, dan PKPP akan bersilih ganti. Pendapatan pula mungkin akan tenggelam timbul.
Perkara pertama yang anda perlu lakukan ialah elakkan panik. Panik dan risau tidak membantu.
Apa yang boleh anda lakukan ialah merancang dan bertindak.

......

Dibawah ini, kami kongiskan 3 strategi kewangan yang boleh membantu anda untuk menempuh masa sukar
ini dengan lebih mudah.


Objektifnya mudah, di dalam keaadan sekarang, teramat penting untuk memiliki tunai di dalam tangan dan aliran tunai yang positif (positive cashflow.


.
1. Tambah duit untuk simpanan kecemasan
Kalau income anda tidak terjejas, adalah lebih bijak untuk menambahkan jumlah wang simpanan di masa ini. Bila bekerja dari rumah, diharapkan ada penjimatan untuk duit yang biasanya digunakan untuk pengangkutan (tambang, minyak, tol, parking, dll) ke tempat kerja, makan di tempat kerja, dan mungkin juga duit berjalan-jalan dan shopping anda. Salurkan duit lebihan ini ke tabung simpanan kecemasan anda.

Ada kemungkinan kita terkena jangkitan dan perlu dikuarantinkan sehingga tidak boleh bekerja, atau lebih teruk, dibuang kerja kerana pejabat tidak beroperasi.

Maka, lebih bijak jika anda mengambil sedikit langkah berjaga-jaga sekarang


2. Semak semula hutang anda dan buat pelan pembayaran balik yang lebih praktikal
Rajinkan diri untuk bertanya dengan pihak bank mengenai apa-apa pakej yang bank mungkin sediakan untuk pengecualian / penangguhan pembayaran pinjaman buat sementara waktu.

Semak juga kadar faedah terkini yang berkemungkinan lebih rendah. Ambil pakej balance conversion, refinance, atau centralize debt (penyatuan hutang) jika boleh. Ada masanya mungkin anda terkena kadar faedah yang lebih tinggi, atau tempoh bayaran balik yang lebih panjang. Pada pendapat kami, ini tidak mengapa kerana objektifnya adalah untuk memastikan anda memiliki tunai di dalam tangan untuk menghadapi situasi yang tidak menentu ini.

3. Jangan tambahkan hutang
Elakkan penambahan hutang yang tidak perlu. Ianya bukan sahaja tidak baik untuk masa hadapan anda, malah ianya boleh menambahkan mental stress anda sekarang.

Semak balik perbelanjaan dan bezakan keperluan dengan kehendak. Hutang hanya untuk keperluan sahaja jika keadaan memaksa. Selebihnya, gunakan portal seperti www.layby.my untuk membeli barang 'kehendak' secara terancang.

Jaga cashflow agar kekal positif dengan membeli dan bayar secara ansuran yang tidak berkonsep hutang.

=====
Shopping sambil jaga cashflow secara layby sekarang! Mudah sahaja:

1. Layari wwww.layby.my
2. Pilih barangan idaman anda
3. Adjust pelan pembayaran gunakan calculator layby dan add to cart.
4. Checkout dan bayar deposit
5. Bayar ansuran bulanan sampai barang sampai

Buat apa berhutang kalau boleh layby?
Biar lambat dapat asal tak terjerat