KENAPA ANDA PERLU GUNA LAYBY?

Imran Adam 850 Viewer 26 Apr, 2024 07:04 AM

KENAPA ANDA PERLU GUNA LAYBY?


.


KENAPA PILIH LAYBY? 

 

Layby adalah sistem pembayaran ansuran tanpa berhutang. Macam mana ansuran tapi tidak berhutang? Anda bayar secara bulanan, selepas pembayaran sudah lengkap, kami akan hantar barang kepada anda. Jadi anda tidak berhutang dengan kami bahkan kami yang berhutang barang 

dengan anda. 


.


 

LEBIH BAIK DARI MAIN KUTU. 



Anda suka main kutu untuk mendapatkan sesuatu barang yang harganya agak mahal? Pernah hadapi masalah mak kutu lari atau ahli kutu tidak bayar kutu dan sebagainya? Dengan layby, segala permasalahan tersebut boleh diatasi. Layby adalah alternatif kepada sistem kutu, anda hanya berurusan dengan syarikat yang berdaftar. Hanya dua pihak yang terlibat iaitu pihak Layby.my dan anda. Pembelian anda dijamin akan tersedia atau kami akan pulangkan duit anda atau kami bagi anda yang lebih baik dari yang anda ‘order’. Selepas lengkap pembayaran, kami akan hantar barang 

ke rumah anda. 


.



FLEKSIBELITI DAN TANPA CAJ. 



Sistem pembayaran layby adalah fleksibel. Fleksibel macam mana yang dimaksudkan? Jika anda ada lebihan duit pada satu-satu masa, anda boleh percepat melengkapkan bayaran bulanan anda, di Layby.my, anda boleh membuat lebih daripada satu kali pembayaran dalam masa satu bulan. Begitu juga sebaliknya, jika anda menghadapi sebarang masalah untuk membayar bayaran bulanan, anda boleh untuk ‘skip’ bayaran bulanan tersebut. Semua perkara di atas anda hanya perlu maklumkan kepada kami supaya kami dapat uruskan pembelian anda dengan lebih efisien. 

Jangan takut untuk hubungi kami, kami juga manusia, di sebalik sesebuah sistem pasti ada manusia yang mengendalikan sistem tersebut. Dan satu lagi, kami tidak akan mengenakan sebarang caj jika anda terlewat membayar bayaran bulanan. 


.


RANCANG PERBELANJAAN. 

 

Antara misi Layby.my adalah untuk menggalakkan orang ramai, rakyat Malaysia terutamanya supaya bijak dalam berbelanja. Macam mana nak jadi bijak dalam berbelanja. Anda perlulah merancang perbelanjaan anda, merancang keluar masuk duit anda, pastikan aliran tunai (cashflow) anda sentiasa positif. Apa itu ‘positive cashflow’? Secara mudahnya ‘positive cashflow’ adalah apabila perbelanjaan anda kurang daripada ‘income’ anda. Layby.my membantu anda untuk membeli barangan yang harganya agak mahal tanpa anda perlu mengorek tabung atau mengganggu komitmen bulanan anda yang lain. Barang mahal mampu dimiliki dengan Layby.my. 


.


Jadi, 


Buat apa berhutang kalau boleh layby?

Biar lambat dapat, asal tak terjerat.