KESILAPAN PENGURUSAN KEWANGAN!

Imran Adam 690 Viewer 20 Apr, 2024 22:40 PM



Sebelum itu boleh follow instagram & twitter kami di : 


instagram : https://www.instagram.com/laybymalaysia/

twitter : https://twitter.com/LaybyMy


.


Kalau punya duit yang banyak tapi tak pandai merancang nak guna pun, tak guna juga kan? Banyak kali nak menyimpan tapi tak dapat sebab tak merancang dengan betul. kan?


Baik yang muda atau yang tua, semua orang boleh melakukan kesilapan dalam pengurusan kewangan. Ramai yang terjerat dengan masalah kewangan disebabkan tidak merancang betul betul.


Jadi, ini kesilapan yang anda mungkin buat mengikut peringkat umur. 


.


MASA UMUR 20-AN.


1. Gaya hidup mewah. 


Kemahuan melebihi kemampuan. Selalunya bila umur yang begini, senang kena racun untuk nampak lifestyle yang mewah dari teman teman seperti pergi melancong, beli barangan mahal, berjenama, ataupun tak terlepas dari membeli telefon bimbit yang yang canggih. Jika waktu begini tidak dapat mengawal nafsu untuk membeli itu ini, memang tidak akan boleh kita nak menyimpan atau merancang dengan baik kewangan kita.  Sekiranya wang yang ada di tangan tidak mencukupi, amat dinasihatkan untuk menangguhkan dulu pembelian itu daripada anda perlu berhutang. 


2. Tiada simpanan. 


Di usia 20-an, ramai yang tidak mempunyai kesedaran untuk membuat simpanan. Kebanyakan akan menggunakan dan membelanjakan semua wang gaji tanpa menyimpan. Ada simpanan yang mencukupi untuk digunakan semasa bersara amatlah penting untuk kelangsungan hidup maksudnya jika berlaku kecemasan yang tak disangka seperti kemalangan, kematian sakit dan lain lain lagi. 


3. Salah guna kad kredit. 


Ni paling bahaya jika umur 20-an menggunakan kad kredit dengan cara tidak betul. Ia bukan setakat membawa anda kepada masalahan hutang, tetapi juga mental anda.Bil kad kredit anda mungkin boleh menjadi beban jika tidak berhati-hati. Tanpa perancangan kewangan yang betul, anda mungkin gagal membayar hutang kad kredit keseluruhan dan hanya mampu membayar  nilai minimum yang pada akhirnya akan membebankan anda kerana jumlah faedah yang semakin bertambah. 


.


MASA UMUR 30-AN.


1. Tiada perancangan keperluan. 


Tidak perlu menunggu anak masuk universiti untuk buat perancangan keperluan pendidikan. Ramai beranggapan selagi anak belum besar, simpanan pendidikan itu tidak penting. Sebenarnya, kos pengajian makin lama makin tinggi. Ini termasuklah kos pengajian untuk kanak-kanak seperti playschool, tadika dan sebagainya. 


Untuk mengelakkan daripada kekurangan duit untuk keperluan pendidikan anak, simpanan perlu dibuat seawal yang mungkin atau sebaik sahaja anak lahir. Sekiranya anda mempunyai anak yang ramai, kos boleh menjadi berlipat ganda. Perancangan keperluan pendidikan yang terperinci amat diperlukan. Anda boleh pertimbangkan tabung pendidikan anak seperti SSPN, Tabung Haji dan sebagainya.


2. Tiada Kesedaran Tentang Insurans.


Ramai individu di peringkat usia 30-an kurang ambil tahu tentang pentingnya perlindungan insurans. Insurans seperti insurans perubatan dan insurans nyawa sering diabaikan. Malang tidak berbau dan kemalangan tidak diingini boleh berlaku pada bila-bila masa dan di mana jua. Di situlah pentingnya insurans. Jika anda mempunyai insurans, anda tidak perlu memecahkan tabung, simpanan atau meminjam wang daripada orang lain. 


.


MASA UMUR 40-AN. 


Biasanya, ramai yang sedang berada di puncak kerjaya dalam usia sebegini. Sumber pendapatan lebih stabil dan pendapatan pun lebih tinggi berbanding ketika anda berada dalam umur 20-an atau 30-an. Namun begitu, ramai yang masih melakukan kesilapan dalam pengurusan kewangan. Ini antara kesilapan yang selalu berlaku.


1. Tidak Menulis Wasiat


Secara amnya, mati itu tidak mengenal usia. Jadi, penulisan wasiat ini amat penting dilakukan apabila anda sudah mencecah umur 40-an (lagi awal, lagi bagus). Pengurusan wasiat penting bagi melindungi aset dan juga keluarga anda apabila sesuatu berlaku pada anda. Malah, ia turut mengelakkan risiko perebutan harta dan sebagainya.


.


MASA UMUR 50-AN.


1.  Melabur Seolah-olah Masih Berumur 30-an.


Peringkat usia 50-an adalah satu peringkat yang sudah menghampiri era persaraan.  Duit yang disimpan boleh memberi lebih banyak faedah dengan membuat pelaburan. Meskipun begitu, pada waktu ini, anda harus menjadi lebih berhati-hati dalam menggunakan wang simpanan anda semasa melakukan pelaburan. Elakkan pelaburan yang mempunyai risiko yang tinggi atau mana-mana skim cepat kaya untuk mengelakkan anda menjadi mangsa penipuan scammer. 


Pastikan simpanan wang atau pelaburan anda berkembang dengan baik untuk kegunaan apabila usia mencecah 50-an atau sekiranya berlaku inflasi. Setidak-tidaknya, anda terjamin daripada sebarang masalah kewangan.


2. Berhenti Bayar Insurans Kesihatan.


Semakin lanjut usia, semakin mahal insurans kesihatan. Ramai orang akan berhenti membayar insurans untuk memberi fokus kepada perkara atau perbelanjaan lain yang dirasakan lebih penting. Namun, Secara asasnya, ada sebab kenapa harga insurans ini meningkat mengikut usia. 


Semakin tua, semakin kita terdedah dengan pelbagai risiko penyakit seperti kolestrol, sakit jantung dan sebagainya, dan bil rawatan juga boleh melambung dengan tinggi. Ketika ini barulah anda sedar bahawa anda patut teruskan pembayaran insurans kesihatan sedia ada.


.


Manfaatkanlah setiap peluang kewangan sepenuhnya bagi memastikan kehidupan anda yang lebih baik.Sekiranya lebih banyak wang dikendalikan dengan cermat, lebih banyak peluang dan jaminan kewangan untuk diri anda dan juga keluarga yang tersayang. 


.


Buat apa berhutang kalau boleh layby?

Biar lambat dapat, asal tak terjerat!