LAYBY - KONSEP PEMBAYARAN DI AUSTRALIA DAN NEW ZEALAND KINI DI MALAYSIA!

MOHD HANIF BIN MOHD YUSOF 2,261 Viewer 19 Apr, 2024 16:19 PM

Bagi rakyat Malaysia yang pernah belajar, kerja, ataupun bermastautin di Australia, pasti tahu banyak perkara bagus yang ada di sana tetapi masih belum ada di Malaysia.


Antara perkara yang best di Australia adalah terdapat konsep “Layby” iaitu suatu konsep pembayaran secara ansuran tanpa interest dan melibatkan credit score. Ia ibarat pre-order bayar ansur-ansur, habis bayar dapat barang. Itu saja.
  • Konsep pembelian dan pembayaran ini biasanya digunakan oleh mereka yang bijak merancang kewangan dan cashflow mereka. Asalnya, Layby akan dibuat beberapa bulan sebelum Xmas dan birthday. Sang ayah atau ibu akan ke shopping mall untuk Layby birthday present atau Xmas present yang akan disambut 3-4 bulan lagi.

  • Tetapi kini, cara Layby ini telah digunakan secara meluas bukan saja untuk hadiah Xmas mahupun birthday, tetapi juga untuk membeli barangan berjenama secara terancang (planned) seperti jenama mixer terkenal Kitchen Aid, vacuum cleaner Dyson (cordless) dan macam-macam lagi. Selain itu, Layby juga digunakan merancang barangan kelahiran baby, hadiah perkahwinan dan untuk hari-hari peringatan lain.

  • Biasanya, ibu atau ayah akan pilih barangan yang hendak dibuat hadiah, kemudian memilih untuk Layby selama 3 bulan, 6 bulan atau 9 bulan dan seterusnya. Setelah barangan tersebut dah dipilih, pihak penjual akan “book” dan simpan. Kemudian peLayby mula membayar secara ansuran setiap bulan mengikut kontrak yang telah dipersetujui. Habis saja bayar ikut kontrak, mereka akan ambil barangan tersebut dan dihadiahkan kepada orang tersayang atau diri sendiri.

Konsep ini dikatakan terbaik kerana tidak melibat hutang. Ya, peLayby tidak dianggap berhutang dengan penjual. Jika gagal membuat pembayaran sekalipun, tiada credit score yang akan terjejas.
  • Tidak seperti system buy now pay later (BNPL) yang akan merosakkan credit score anda. Jika peLaby gagal bayar, mereka masih boleh refund sebahagian amount selepas ditolak kos pengurusan dan penyimpanan.

  • Ibarat anda membeli rumah dari developer dan bayar cash. Rumah belum dapat, kena bayar stagged payment. Tapi bila anda dah tak mampu, anda boleh give up je. Developer akan refund setelah ditolak sebahagian dari cost mereka seperti time-value money losses. Itulah qiyas paling sesuai untuk kaedah pembayaran Layby ini.

Dari sudut syariah pula, konsep Layby ini adalah Bai’ al Salam. Rujuk sini : https://www.facebook.com/2207166116236444/posts/2984981325121582/?d=n
  • Secara mudahnya, Layby adalah konsep pembayaran yang mendidik kita mengawal cashflow kita daripada terjebak dengan hutang dan overspending. Kita boleh rancang pembelian kita dengan Layby. Kita tahu bila birthday anak-anak kita, isteri-isteri kita. Kita tahu bila isteri kita hendak bersalin.

  • Hari lahir (birthday), ulangtahun perkahwinan (anniversary), due date baby lahir, hari pertunangan, hari perkahwinan, hari ibu, hari ayah, hari raya adalah hari-hari yang kita boleh rancang untuk menggunakan Layby selain dari meLayby barangan yang tidak urgent.

Kalau anda nak jadi pembeli yang bijak, yang nak mengawal cashflow anda, tak suka berhutang, dan tak suka riba'

Click link di bawah untuk daftar!
https://layby.my/register