Apa itu Layby?

Admin 4,141 Viewer 19 Apr, 2024 13:54 PM

Layby.my merupakan e-commerce store ataupun kedai di atas talian yang menawarkan pembelian barangan berkualiti dan berjenama melalui pelan pembayaran secara Layby.

Pelan pembayaran secara Layby merupakan satu konsep pembayaran yang pertama seumpamanya di Malaysia menggunakan konsep "layby' dari Australia dan New Zealand.

Konsep bayaran layby ini adalah BEBAS HUTANG. Hanya perlu sedikit kesabaran sahaja, tapi sangat popular di Australia dan New Zealand (dikenali sebagai "layaway" di US dan UK).

Link untuk maksud layby mengikut definisi badan berkuasa di Australia.
https://www.accc.gov.au/consumers/contracts-agreements/lay-by-agreements#:~:text=A%20lay%2Dby%20agreement%20lets,the%20business%20can%20cancel%20it.

Sedikit penerangan mengenai BNPL...
BNPL yang digunapakai di negara-negara maju seperti Australia, Amerika Syarikat, dan England adalah berkonsepkan HUTANG. Ya, anda BERHUTANG❗❗❗? kerana barang diberikan dahulu kepada pembeli dan pembayaran secara ansuran boleh dibuat selepas itu.

Bezanya, hutang ini tidak memerlukan pembeli untuk mengisi borang bank, ataupun menggunakan kad kredit. Malah, tiada kos tersembunyi mahupun sebarang kadar faedah (interest) dikenakan.

Kedengaran menarik bukan?? Jika difikirkan sekali imbas, nampak seperti konsep pembayaran EzPay di Malaysia yang tidak memerlukan kad kredit.
Perlu diingatkan sekali lagi, apabila anda mengambil barang dahulu dan membayarnya kemudian, sama ada secara ansuran atau pun tidak, bermaksud anda sedang BERHUTANG❗❗❗

Apakah helah disebalik BNPL ini?? Adakah mereka terlalu baik hati dan percaya kepada anda sehingga boleh membiarkan anda mengambil barang tanpa membayar?

Jawapannya mudah dan boleh di'google'?. Jika anda gagal membuat pembayaran kepada mereka, rekod ini akan dimasukkan ke dalam 'credit score' anda atau lebih dikenali di Malaysia sebagai CCRIS/ CTOS❗❗❗

Anda berkemungkinan di BLACKLIST oleh pihak bank daripada membuat pinjaman2 yang lebih penting seperti pinjaman perumahan, kenderaan, atau pendidikan, hanya kerana rekod hutang ketika membeli seterika, vacuum cleaner, atau Smart TV?.

Apakah bezanya Layby dgn BNPL?
Di Layby.my, setelah anda melakukan pembelian dan membuat pembayaran deposit, kami akan menempah / booking barangan pilihan anda pada pembekal pilihan kami. Sebagai pembeli, anda hanya perlu memastikan bayaran bulanan dibuat mengikut jadual pembayaran yang telah dipilih (contoh: layby RM 100 x 5 bulan). Setelah pembayaran akhir di buat, kami akan menghantar barangan pembelian anda di rumah.

Keindahan sistem layby.my adalah, anda tidak berhutang dengan pihak kami ataupun mana-mana pihak:
✅Jika anda terpaksa "skip" pembayaran layby (bulanan) anda, tiada denda atau pun pembatalan pembelian akan dilakukan. Anda boleh membuat pembayaran pada bila-bila masa mengikut situasi kewangan anda.
✅Oleh kerana anda tidak berhutang dengan kami, anda juga berhak membuat pengeluaran wang di dalam akaun layby.my anda mengikut terma dan syarat. Kami bukan seperti segelintir personal shopper (ps) di luar sana yg tidak memulangkan wang yang telah anda depositkan. Kami juga bukan company e-wallet.
✅Tiada 'along' ataupun 'collector' yang akan muncul di depan rumah anda untuk memotong jari. Malahan, anda masih boleh keluar negara bila border bukak nanti (selingan utk orang yang x bayar PTPTN)

Kami memberi jaminan hanya akan memasarkan dan menjual barangan berkualiti tinggi sahaja untuk mengelakkan anda sebagai pelanggan kami daripada keperluan mengeluarkan duit lebih untuk menanggung kos-kos tambahan barangan tidak berkualiti seperti:
?Kos penyelenggaraan dan baik pulih yang tinggi kerana barang kerap rosak
?Kos membeli semula berkali-kali barangan yang sama tetapi jenama yang berbeza kerana tidak puas hati dengan kualiti barangan yang murah (contoh: vacuum dyson - RM 1,xxx vs vacuum made in China - RM 2xx).

Jika barangan yang anda beli secara layby kehabisan stok, kami memberi jaminan akan menggantikan dengan model yang LEBIH BERKUALITI (kita up model barang)??? ataupun memulangkan wang anda (mengikut pilihan dan persetujuan anda).

Di Layby.my, kami mempunyai 'vision' untuk memberi peluang kepada pembeli-pembeli di Malaysia untuk mendapatkan barangan berkualiti dan berjenama secara mampu milik. Kami ingin membantu mewujudkan masyarakat yang BEBAS BEBANAN HUTANG.?

Berhutanglah untuk perkara ataupun barangan yang penting yang boleh mencecah puluhan mahupun ratusan ribu Ringgit seperti rumah, kereta, dan pendidikan. Gunakanlah kad kredit untuk situasi'emergency' ataupun di tempat yang memerlukan seperti ketika membeli barangan dari kedai di luar negara.

Tidak berbaloi menanggung bebanan hutang yang tinggi untuk sebuah seterika.
Rancang kewangan anda. Jadilah pembeli yang bijak...

Buat apa berhutang kalau boleh Layby?

Apa lagi, jom la Layby!