NAK PILIH BNPL ATAUPUN LAYBY?

Imran Adam 830 Viewer 24 Apr, 2024 07:53 AM

NAK PILIH BNPL ATAUPUN LAYBY?!


..



.



Sebelum itu boleh follow instagram & twitter kami di : 


instagram : https://www.instagram.com/layby_my/

twitter : https://twitter.com/LaybyMy


.


.


Sistem pembayaran BNPL semakin banyak digunakan dalam portal E-dagang di malaysia. Tidak di nafikan, banyak rakyat malaysia yang guna sistem ni untuk membeli barang. Akan tetapi kena ingat yang tak semua platform BNPL ni berfungsi dengan sama. Setiap platform tu mesti ada terma dan syarat termasuklah faedah dan caj tersendiri. 


Kalau sistem BNPL ni, ia tetap dikira sebagai hutang. Anda beli sesuatu barang dengan bayaran pendahuluan dan lepastu bayar tiap bulan. Tetapi BNPL ni akan kenakan anda caj pemprosesan & caj penalti jika lambat bayar. Anda akan perlu  membayar lebih dari harga yang anda pilih. 


Kalau ada isu nak bayar BNPL ni, semestinya dia akan merosakan Skor Kredit (CCRIS) korang. Tak best la lepas tu kalau korang nak buat pinjaman lain untuk rumah ke kereta kan?


Selalunya,pelanggan  yang memilih bayaran menggunakan BNPL ni  akan dikenakan caj pemprosesan sebanyak 1.25% setiap bulan daripada jumlah belian. Tiada caj tambahan akan dikenakan sekiranya pelanggan bayar secara one-off dalam tempoh sebulan. 


Caj Lewat Bayar BNPL pula sebanyak 1.5% daripada jumlah bulanan tertunggak pula akan dikenakan kepada pelanggan yang gagal membuat bayaran dalam tempoh masa yang ditentukan bagi kedua-dua kaedah pembayaran. 


Caj Lewat Bayar di atas dilihat mempunyai unsur riba yang jelas. Hal ini kerana setiap hutang yang disertakan bayaran tambahan akibat berlaku kelewatan dalam pembayaran adalah termasuk dalam kategori Riba al-Qard. 


.


PEMBELIAN MENGUNAKAN SISTEM LAYBY.MY.


Konsep ansuran Layby yang popular di Autralia dan New Zealand ni tidak melibatkan sebarang unsur hutang. Hanya perlu sabar sikit je, sedar sedar barang sampai depan rumah. Tiada sebarang bill lain akan muncul. 


Link konsep pembayaran secara layby di Australia & New Zealand :

https://layby.my/blog/layby-konsep-pembayaran-di-australia-dan-new-zealand-kini-di-malaysia


Link untuk maksud layby mengikut definisi badan berkuasa di Australia : 

https://www.accc.gov.au/consumers/contracts-agreements/lay-by-agreements


Untuk sistem pembayaran Layby pula, kami menawarkan sistem yang telus dan tiada apa apa caj faedah yang lain. Anda hanya perlu membayar harga yang ditetapkan sahaja. Jika anda ada masalah untuk tidak bayar/skip/lambat bayar, anda tidak dikenakan sebarang denda penalti pun. 


DI layby, anda boleh memilih untuk  membayar installment 15-30% dari harga barang dan pilih 3-12 bulan untuk tempoh pembayaran yang anda nak buat.DI layby, kami tidak melibat CCRIS. Anda tidak berhutang dengan mana mana pihak jika anda layby, habis bayar terus anda “free debt” , barang anda dapat dan tiada apa apa hutang. 


KONSEP LAYBY DARI SUDUT SYARIAH :


Dari sudut syariah, sistem layby ini adalah Bai’ Al Salam. Klik link untuk baca  :

https://layby.my/blog/jauhi-gharar-di-dalam-urus-niaga-melalui-akad-bai-al-salam


Secara menyeluruh, BNPL adalah hutang dan anda akan rasa terbeban jika menggunakan sistem pembayaran tersebut. Pilih la layby sebab layby ni bantu kita mengawal “cash flow” agar kita tak boros membeli dan berhutang. 


Jika anda pembeli yang bijak., anda harus mengunakan konsep layby ini untuk membeli barang berjenama dan berkualiti tinggi. 


Jom jadi pembeli yang bijak, daftar akaun layby anda sekarang di www.layby.my dan start layby sekarang!


.


Buat apa berhutang kalau boleh layby?

Biar lambat dapat, asal tak terjerat.