Penjagaan Aliran Tunai Peribadi (personal cashflow)

MOHD HANIF BIN MOHD YUSOF 2,402 Viewer 29 Mar, 2024 19:21 PM

Pejagaan aliran tunai (cashflow) merupakan salah satu petanda yang penting untuk kita mengetahui sama ada status kewangan kita ini dikategorikan sebagai sihat atau sebaliknya. Bahasa mudahnya, positive cashflow (income melebihi penggunaan / duit masuk lebih dari duit keluar) merupakan petanda yang baik di dalam pengurusan kewangan peribadi kita. Kata lain, kita sentiasa memiliki lebihan duit untuk simpanan ataupun emergency.


Ramai yang tidak perasan bahawa, realitinya, kita sering memiliki lebihan duit BULANAN, tetapi secara TAHUNAN, jika dikira secara total, cashflow kita NEGATIF.


Kenapa agaknya?

Mungkin cara penyimpanan yang kurang berkesan? Maksudnya simpan duit buat tiap2 kali gaji, tetapi pernah cek tak berapa kali kita korek tabung ataupun duit simpanan dalam masa setahun?


Tengok cashflow secara TAHUNAN dan bukan BULANAN

Kesilapan umum, ramai bila buat bajet, berdasarkan komitmen bulanan, bukan TAHUNAN, sedangkan kita sedar perbelanjaan tersebut memang CONFIRM seperti, road tax, insurans, maintenance kereta, perbelanjaan untuk persekolahan, raya, dan lain-lain. Perbelanjaan ini selalunya kita sedar dan rancang, yang sering terlupa dan tertinggal untuk masuk dalam budget padahal sangat JELAS KEPERLUANNYA seperti Ketika isteri mengandung, kita sedar dalam masa 9 bulan, Insha Allah bayi akan lahir, kenapa bila bayi lahir baru pening kepala mana nak cari duit beli barang? Duit upah mak bidan ataupun penjagaan isteri ketika berpantang?


Perkara-perkara seperti ini yang menyebabkan kita sering mengorek duit simpanan, dan yang lebih menakutkan, buat Personal Loan dan Swipe Kad Kredit!


Cara tepat menyimpan secara objektif.

Selain daripada merancang dan memantau perbelanjaan anda. Penyimpanan yang sistematik dan 'berobjektif’ juga membolehkan anda mencapai matlamat simpanan anda.

Buat akaun atau sampul khas untuk setiap matlamat simpanan anda. Contoh paling jelas seperti dibawah:


Tabung Haji 


Simpanan untuk pergi Haji. Jangan terlalu dikejarkan dividen Tabung Haji kerana ini akan mengubah matlamat simpanan anda. Simpan duit dalam Tabung Haji untuk pergi Haji. Simple. Jangan harapkan dapat jadi kaya raya dengan simpanan Tabung Haji. Jangan juga berniat simpan di Tabung Haji sebagai ‘backup’ sewaktu emergency. Sebab bila niat simpan untuk pergi Haji, jadi apa sekali pun, kita tidak akan usik duit dlm akaun Tabung Haji. Akan terdetik di hati “ni duit untuk aku pergi Haji”.


Tabung Pendidikan / Persaraan 

Objektif penyimpanan kena jelas. Sama seperti Tabung Haji. Jikalau berniat untuk investment nak kaya ataupun ‘backup’ semasa emergency, alamatnya memang tak penuh la Tabung ni. Dividen tinggi KLCC pun habis licin kena pakai time emergency.


Tabung Emergency

Ini tabung khas untuk emergency. Gunakan tabung ini untuk emergency sahaja. Bukan untuk berjoli. Jadi emergency, usik tabung ni dulu baru usik tabung2 lain. Insurans boleh dikategorikan di dalam tabung ini.


Tabung Sedekah

Selalu kita cakap, "ada duit lebih nanti aku sedekahlah". Kita silap, sedekah ni menambahkan rezeki. So jawapannya, duit sedekah di dahulukan. Bukan tunggu kaya baru nak sedekah.


Tabung pembelian barangan 

Disinilah manfaat menggunakan perkhidmatan kami. Anda hanya perlu book barang di www.layby.my , kemudian kami akan book kan barang tersebut dengan supplier2 kami. Kemudian bayar secara ansuran mengikut kemampuan. Habis bayar, supplier akan deliver barang. Senang, cashflow maintain positif, barang berkualiti pun dapat. Tak perlu beli barang murah untuk maintain positive cashflow. Barang berjenama dan berkualiti ni, beli sekali pakai seumur hidup, tak gitu?


Hidup dalam positive cashflow, layby je la…