Pembayaran Layby vs Kutu - Apa yang perlu anda tahu

MOHD HANIF BIN MOHD YUSOF 3,239 Viewer 25 Apr, 2024 14:37 PM

APA BEZA MAIN KUTU BELI BARANG DENGAN BAYARAN SECARA ANSURAN LAYBY?


Sedikit penerangan mengenai sistem permainan kutu. 

OBJEKTIF

Permainan kutu bertujuan bagi meletakkan disiplin kepada diri sendiri untuk menyimpan duit sebagai duit simpanan, ataupun untuk tujuan pembelian barangan. Ianya juga merupakan 1 sistem pinjaman duit yang membolehkan ahli kutu yang memerlukan duit untuk mendapat duit  kutu awal bagi menampung keperluan tertentu seperti persekolahan, menyambut raya dan sebagainya.


CARA BERMAIN KUTU

Kutu biasanya melibatkan sekumpulan kecil orang  (biasanya kenalan rapat) yang sepakat untuk menyumbangkan satu jumlah duit yang dipersetujui secara bulanan kepada ketua yang digelar ibu atau mak kutu untuk satu tempoh masa yang tertentu (biasanya mengikut jumlah ahli -  7 ahli = 7 bulan)

Ibu kutu juga boleh digantikan dengan Penjual. Contohnya dalam pembelian handbag yang berharga RM400, setelah 1 round kutu di bayar oleh semua, penerima pertama boleh mendapat handbag yang dijual (bukannya duit seperti kutu simpanan).


Sistem penggiliran kutu biasanya juga ada 2 kaedah / sistem:

  1.  Cabutan undi secara rawak
  2.  Personal request (contohnya ada orang request nak dapatkan duit waktu raya, dapat awal takut habis, dapat lambat dah jadi tak guna). Untuk request ini, hendaklah mendapat persetujuan semua ahli yang lain.

Pemilihan ibu kutu juga sangat penting, ciri-ciri biasa ibu kutu:

  1.  Amanah (sebab akan pegangkan duit orang)
  2.  Sistematik dan teratur (boleh tracking dengan baik)
  3.  Tegas dan dihormati (supaya ahli kutu dengar cakap ibu kutu)

Ibu kutu juga boleh di pilih dikalangan ahli kutu, ataupun seorang yang sekadar menolong secara sukarela.


KELEBIHAN DAN KEKURANGAN SISTEM KUTU

Setiap sistem ciptaan manusia pasti ada kebaikan dan kekurangannya. Di sini, kami senaraikan beberapa kelebihan dan kekurangan sistem kutu

Kelebihan

  1. Menolong ahli yang memerlukan wang segera. Biasanya ahli ini yang dapat awal duit atau barang
  2. Tiada caj-caj tersembunyi
  3. Jikalau ada masalah untuk bayar, tak sampai ada denda tambahan
  4. Membantu orang yang kurang berdisiplin untuk menyimpan duit (kalau simpan sendiri senang je terpakai duit. Bila join kutu, dah jadi tanggungjawab untuk bayar)
  5. Tiada blacklist atau pun CCRIS / CTOS yang berpunca dari kutu. Rekod kewangan anda nampak bersih bagi pihak bank.
  6. Pembelian barangan secara ansuran. Membolehkan penjagaan aliran kewangan dengan lebih baik. Barang berkualiti dan mahal menjadi mampu milik.


Kekurangan

  1.  Tiada undang-undang yang membolehkan ahli kutu dibela sekiranya terjadi penipuan.
  2.  Masalah dengan ibu kutu (penjual)
    • Pecah amanah (melarikan duit)
    • Tidak tegas
    • Ibu kutu meninggal dunia (duit kutu jadi hak waris ibu kutu)
  3. Masalah dengan ahli
    • Tak berdisiplin dalam pembayaran (terutama bila dah dapat giliran awal)
    • Melarikan diri (bila dah dapat giliran awal juga)
    • Ahli kutu meninggal (tiada tuntutan boleh dibuat)
  4. Ahli yang giliran terakhir dapat menanggung risiko paling tinggi. Mereka juga satu-satunya ahli yang tidak berhutang. Ahli yang lain semua BERHUTANG. Sebab duit / barang dapat sebelum pembayaran penuh dibuat.

Kes main kutu ni, telah banyak menyebabkan pergaduhan keluarga, saudara-mara, dan kawan-kawan. Sebab risiko lebih banyak dari keuntungan. Sila lihat keratan-keratan akhbar mengenai kutu. Sumber dari Google.



KUTU MENGIKUT UNDANG-UNDANG

Mengikut Jabatan Siasatan Jenayah Komersial di bawah Akta (Larangan) Kumpulan Wang Kutu 1971, permainan kutu ni adalah salah di sisi undang-undang dan boleh dipenjara tak lebih 10 tahun atau didenda tak lebih RM500,00 atau kedua-duanya sekali.

Kenapa sampai begitu sekali? Jawapannya mudah, perkara-perkara yang melibatkan pengambilan wangdari orang lain seperti deposit, simpanan, jual-beli, perlulah mengikut undang-undang. 

Kenapa nak ada undang-undang? Supaya jika berlaku perselisihan pandangan, penipuan, kematian, dan sebagainya, pengguna, pihak penyimpan duit (seperti bank), ataupun peniaga, boleh rujuk kes di mahkamah. Siasatan dan hukuman yang lebih adil akan dikenakan.


KEMBALI KEPADA BEZA SISTEM KUTU DENGAN LAYBY.MY

Kelebihan bayaran secara layby di www.layby.my

  1. Layby.my merupakan satu perniagaan berdaftar di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Bermaksud, setiap urusan jual beli di www.layby.my tertakluk kepada undang-undang perniagaan yang ada di Malaysia
  2. Pembelian barangan secara ansuran. Membolehkan penjagaan aliran kewangan dengan lebih baik. Barang berkualiti dan mahal menjadi mampu milik.
  3. Bayaran ansuran bebas hutang layby.my berdasarkan konsep pre-order. Bezanya, pre-order untuk barang yang belum ada.Tapi di layby.my, kami ada barang tersebut bersama pembekal (supplier) kami. Maksudnya, barang ready stock. Tunggu pembeli habis bayar sahaja.
  4. Tiada konsep penggiliran. Bermaksud, anda sebagai pembeli bertanggungjawab untuk menguruskan pembayaran terhadap pembelian barangan anda sahaja. Tidak perlu mengharapkan orang lain untuk berdisiplin membayar. Cukup sekadar anda merancang dan berdisiplin dalam mengikuti pelan pembayaran anda. Dipendekkan cerita, habis bayar, barang sampai.
  5. Jika berlaku sebarang penipuan, anda berhak membawa kes penipuan ke muka pengadilan. Kerana anda sebagai pembeli juga dilindungi oleh akta dan undang-undang di Malaysia.
  6. Sistem tracking pembayaran yang canggih. Pembeli dan pembekal boleh menggunakan sistem kami untuk memeriksa jadual pembayaran, jumlah yang sudah dibayar, baki yang perlu di bayar, dan jangkaan tarikh akhir pembayaran. Sistem kami juga dilengkapin dengan auto notification untuk mengingatkan pembeli untuk membuat pembayaran. TIADA COLLECTOR TERLIBAT.
  7. Kerana anda sebagai pembeli tidak dikira berhutang dengan layby.my, maka tiada denda ataupun caj tambahan yang akan dikenakan. Bezanya, barang akan dapat lebih lewat kerana semuanya bergantung kepada bayaran terakhir anda.
  8. Tiada risiko kepada pembeli dan pembekal. Pembekal tidak perlu mengupah pengutip hutang untuk mengejar pelanggan. Pelanggan juga tidak perlu takut dikejar oleh pengutip hutang.

Kekurangan bayaran secara layby

  1. Satu-satunya kekurangan bayaran secara layby ialah, barang akan dapat hanya selepas bayaran lengkap diterima. Ingat, jika anda mendapat barangan ataupun duit lebih awal sebelum pembayaran lengkap dibuat, ini bermaksud anda sedang berhutang. 

Perlu diingatkan, layby.my bukanlah syarikat kewangan yang menawarkan pakej deposit wang dan sebagainya. Kami hanya menguruskan pembayaran pembeli dan stok pembekal. Itu sahaja.

Masih ingin bermain kutu ataupun berhutang? Itu hak dan pilihan anda. Fikir-fikirkan bersama