Minyak Wangi : Semua Jenis Minyak Wangi Yang Anda Perlu Tahu. (UPDATE 2021)

Minyak wangi yang awak pakai tu, kat mana awak beli ya? Mungkin anda biasa mendengar pertanyaan ini.

Safwa Sophia 7,735 Viewer 20 Apr, 2024 22:40 PM

Minyak wangi yang awak pakai tu, kat mana awak beli ya? Mungkin anda biasa mendengar pertanyaan ini. Namun, bagi mereka yang sudah biasa pakai minyak wangi, anda mungkin sudah tahu serba sedikit tentang pemilihan produk dan cara pemakaiannya.

Artikel ini mengupas lebih lanjut tentang perihal minyak wangi, jenis-jenisnya, tip tahan lama dan beberapa produk yang anda boleh beli secara online.


Apa Itu Minyak Wangi?


Sebenarnya wangian badan ini mula digunakan sejak zaman kuno lagi. Ia merupakan campuran wangian pati atau aroma sebatian, bahan pengikat dan pelarut untuk menghasilkan ‘bau yang menyenangkan’.

Kepelbagaian jenis minyak wangi dibezakan dengan kepekatan sebatian aromatik di dalam pelarut iaitu etanol atau campuran air dan etanol.

Pasti ramai antara kita masih tak pasti mengapa minyak wangi yang dipakai tidak tahan lama. Sebenarnya ia bergantung kepada kepekatan dan kekuatan sebatian aromatik itu.


5 Jenis Minyak Wangi Yang Anda Perlu Tahu


Tahukah anda, semakin tinggi peratusan sebatian aromatic itu, maka semakin panjang tempoh masa minyak wangi itu.


Tahukah anda, semakin tinggi peratusan sebatian aromatic itu, maka semakin panjang tempoh masa minyak wangi itu. Sebelum membeli sebarang minyak wangi, pastikan anda tahu beberapa istilah yang sering dikaitkan dengan minyak wangi.

Perfume atau Parfum

  • Mengandungi kepekatan minyak wangi yang tertinggi.
  • Mempunyai tahap kepekatan di antara 20% sehingga 30%.
  • Harga sangat mahal.
  • Haruman bertahan sehingga 12 jam.
  • Sesuai untuk mereka yang gemarkan perfum berkualiti yang tahan seharian.

Eau de Parfum (EDP)

  • Mengandungi kepekatan minyak wangi kedua tertinggi.
  • Mempunyai tahap kepekatan di antara 10% sehingga 20%.
  • Mengandungi lebih air atau alkohol di dalam campuran minyak wangi.
  • Haruman bertahan di antara 8 ke 12 jam.
  • Sesuai untuk mereka yang gemarkan 'niche perfume'

Eau de Toilette (EDT)

  • Mempunyai tahap kepekatan di antara 4% sehingga 15%.
  • Jenis yang biasa digunakan untuk minyak wangi lelaki.
  • Sesuai untuk anda yang gemarkan bauan yang ringan.
  • Lebih banyak kandungan alkohol dan dijual dalam bentuk spray.
  • Tidak tahan lama.

Eau de Cologne (EDC)

  • Mempunyai tahap kepekatan di antara 2% sehingga 5%.
  • Sesuai untuk anda yang gemarkan bauan yang ringan dan segar.

Eau de Fraiche (EDF)

  • Minyak wangi yang mengandungi kepekatan minyak wangi yang terendah.
  • Mempunyai tahap kepekatan 1% hingga 2% sahaja.
  • Sesuai untuk mereka yang mahukan haruman harian tanpa perlu berbelanja mahal.

Tip Bau Minyak Wangi Tahan Lama


Bagi ramai wanita, minyak wangi menjadi antara benda wajib yang dipakai harian. Ada juga yang membeli dalam bentuk botol kecil supaya mudah dibawa di dalam beg.

Sayangnya jika sudah berhabis duit membeli minyak wangi yang berjenama dan mahal namun tidak bertahan lama kerana cara penyimpanan yang tidak betul. Nah! Kami kongsikan 4 panduan berguna supaya minyak wangi tahan lama.

1. Elak Simpan Dalam Bilik Air atau Tempat Lembab dan Panas

Partikel dalam minyak wangi akan terurai jika terdedah kepada haba dan cahaya yang tinggi. Simpan di tempat yang kering dan sejuk seperti atas meja solek di dalam bilik dan jauh dari tingkap.


2. Simpan Minyak Wangi Dalam Kotak

Selepas ini jangan dibuang kotaknya dan simpan minyak wangi di dalamnya kerana ini dalam melindungi minyak wangi dari cahaya matahari dan suhu panas.


3. Tutup Botol Dengan Kemas

Kelam-kabut macam mana pun pagi anda ketika bersiap jangan sesekali tidak tutup botol minyak wangi anda.


4. Beli Minyak Wangi Dalam Bekas Kecil

Kajian yang dilakukan menunjukkan intensiti aroma minyak wangi akan berkurangan sehingga separuh di dalam botol besar kerana teroksida dari udara.


Banyak pilihan minyak wangi yang anda boleh dapati daripada Layby. Semoga anda tidak pening kepada lagi mencari apakah minyak wangi yang sesuai untuk diri anda dan pasangan.

 

Selain minyak wangi, Layby juga menjual pelbagai barangan penjagaan diri, barangan bayi, kosmetik, makanan, aksesori, perkakas rumah dan banyak lagi.

 

Semuanya di hujung jari anda. Tunggu apa lagi? Klik Sini Untuk Membeli-belah di Layby.