Simpan Sendiri atau Layby?

MOHD HANIF BIN MOHD YUSOF 1,247 Viewer 25 Apr, 2024 19:17 PM

"ALAA, LAYBY NI MACAM TABUNG SIMPAN DUIT JE"
.....
Secara undang-undang, layby.my ini bukan syarikat pengambil deposit untuk simpanan duit anda.
Segala transaksi didalam layby.my juga adalah atas kontrak jual-beli barangan secara ansuran.
Boleh rujuk gambar untuk fahami apa itu ansuran layby mengikut definisi oleh badan berkuasa di Australia.



....
TAPI TAK SALAH NAK ANGGAP MACAM MENYIMPAN DUIT
.
Sebabnya, ansuran layby ini lebih fleksibel, macam simpan duit sendiri. Duit tak cukup boleh skip dulu. Bulan seterusnya bayar 'double' atau pun panjangkan tempoh bayaran.
Disebabkan anda tak berhutang ketika me'layby', maka tiada denda ataupun caj tersembunyi akan dikenakan. Cuma tak boleh la asik skip sahaja, pening supplier kami nak simpan stok lama-lama.
...

BESAR PERBEZAAN SIMPAN DUIT DENGAN SIMPAN DUIT SECARA BERMATLAMAT
...
Mari kita ambil contoh tabung yang popular di Malaysia, Tabung Haji.
Secara umum, ramai yang bukak akaun Tabung Haji (ramai yang buka akaun untuk anak juga). Tapi apakah matlamat tabungan anda?
1. Cukupkan duit untuk menunaikan ibadat Haji
2. Simpanan / pelaburan (sebab nak collect dividen)
Niat sewaktu buka akaun tu sangat penting. Kalau niat nak simpan duit pergi Haji, kami yakin apabila sampai giliran anda untuk pergi menunaikan ibadat Haji, duit anda pasti cukup waktu itu.
Tapi kalau buka akaun sebab 2 in 1 (nak pergi Haji dan dapat keuntungan dividen), tinggi kebarangkalian akaun Tabung Haji akan menjadi akaun simpanan biasa sahaja. Tak cukup duit, korek duit Tabung Haji, betul tak?
Begitulah objektif pelanggan yang memilih bayaran secara layby. Ketika mereka me'layby', matlamat mereka adalah untuk mengasingkan duit income mereka bagi mendapatkan barangan yang diidamkan.
Kalau duit untuk beli barangan idaman masuk ke tabung / akaun bank yang sama, tinggi kebarangkalian takkan dapat memiliki barangan idaman.
1. Duit terguna untuk perkara lain.
2. Dah tengok baki akaun banyak, jadi sayang pulak nak guna duit.
Untuk no. 2 tu, boleh baca sikit pasal masalah 'sayang' duit.
Layby je sekarang di www.layby.my!