SISI GELAP KAD KREDIT

Imran Adam 953 Viewer 19 Apr, 2024 17:21 PM

SISI GELAP KAD KREDIT. 




...



.



Di malaysia, hutang kad kredit banyak menjadi masalah rakyat. Sebanyak 47 peratus belia Malaysia menanggung hutang kad kredit yang tinggi dan 38 peratus dikenal pasti membuat pinjaman peribadi menurut semakan Bank Negara Malaysia (BNM).


Lebih 3,400 individu berusia 20-30 tahun telah mendapat kaunseling tentang bebanan hutang kad kredit daripada AKPK. Dalam tempoh 5 tahun kebelakangan ini, 25-44 tahun antara kumpulan umur yang paling banyak di isytiharkan muflis. 


.


KADAR FAEDAH KAD KREDIT ADALAH HARIAN, BUKAN TAHUNAN. 


Anda pasti tahu pasal compounding bukan?

Kalau dalam pelaburan, biasanya compounding  adalah tahunan.


Tapi tidak bagi kad kredit.


Kebiasaanya kad kredit punya kadar faedah adalah 15-18% setahun.

Bahagi dengan 365 hari, jadilah 0.04% sehari (ambil kira 15% setahun).


Jika anda ada hutang kad kredit RM5,000 , bayar minimum 5% iaitu RM250. Baki selepas tolak bayaran minimum adalah RM4,750.


Untuk mudah kira, kita ambil kadar faedah bulanan iaitu 0.04% x 30 hari = 1.2%.


Baki tadi RM4,750 x 1.2% = RM57.


Jumlah hutang terkini anda ialah RM4,750 + RM57 = RM4,807.


Ini kiraan sebenar gandaan harian. Sebab itulah hutang kad kredit ni lambat habis. Setiap hari baki hutang akan digandakan dengan 0.04%!


Itu tak termasuk lagi caj lewat bayar, bagi yang diklasifikasikan sebagai culas bayar, bank akan kenakan kadar faedah 18% setahun.



Sehari jadi 0.05%.


Lagi lengah kita bayar, lagi berganda hutang kita.


Jadi, itulah dia sisi gelap kad kredit yang kita tak beberapa jelas. Mungkin nilai 0.04% tu nampak kecil, tapi impact dia sangat membebankan kita tau.


Jangan berhutang kad kredit semata nak beli barang yang tak penting! 


Guna la www.layby.my sebagai sistem pembayaran anda! Anda bayar sikit sikit, set plan, kawal cashflow. Tahu dah habis bayar dapat barang dan hutang pun takda!


.


Buat apa berhutang kalau boleh layby?

Biar lambat dapat, asal tak terjerat!