UBAH DEFINISI MAMPU MILIK DENGAN LAYBY.MY!

Imran Adam 715 Viewer 20 Apr, 2024 13:34 PM

UBAH DEFINISI MAMPU MILIK DENGAN LAYBY.MY!



..


Sebelum itu boleh follow instagram & twitter kami di :

 

instagram : https://www.instagram.com/layby_my/

twitter : https://twitter.com/LaybyMy


.



Katakanlah anda berpendapatan RM1,000 sebulan. Anda pula seorang yang suka berbau wangi. Perfume sudah menjadi sebahagian daripada "pakaian" anda.


Mengikut pandangan umum, perfume ini bukanlah barangan kritkal. Takde pun takpe (bukan macam deodarant).


Soalannya, wajarkah seorang yang berpendapatan RM1,000 sebulan memakai perfume original berharga RM300?


.



SEKALI PANDANG...


1. Membazir. Duit elok bayar bil dan beli barang keperluan. Buat apa nak wangi-wangi?

2. Pakai perfume AAA je. Wangi jugak. Sama je.

Ini yang terlintas difikiran kita. Tapi salah ke bila berpendapatan RM1,000 sebulan nak pakai perfume RM300? Jawapannya TAK SALAH. 


.



TAK SALAH KALAU...


1. Makanan, bil-bil, susu anak dan keperluan utama lain didahulukan.

2. Tahu uruskan CASHFLOW. 

3. TAK BERHUTANG bila beli perfume. Jangan sampai jadi komitmen pulak.


.


MACAM MANA NAK BUAT SEMUA TU KALAU INCOME RM1,000 JE?


Betul. Keperluan asas je silap-silap dah habis sampai RM500. Tak masuk nak isi minyak motor lagi tu. Disinilah pembelian secara LAYBY itu membantu:


1. Perfume ni bukan keperluan utama. Jadi boleh sabar kejap. 

2. Secara umum, dapatkan barang yang berkualiti dan original. Pakai puas hati. JAUH BEZA BARANG ORI DAN TIRUAN. Menang membeli orang tua cakap.

3. RM300, kalau bayar 10 kali, baru RM30 sebulan. Bukan komitmen. Duit tak cukup? skip je dulu bayar. Lambat habis bayar, lambat dapat barang. Simple.

4. Tiada hutang yang beranak pinak. Kalau pakai kad kredit, barang dapat cepat, cuma RM300 boleh jadi RM3000 . 5 tahun bayar pun belum tentu habis. Inilah penangan riba'.


.


JADI MAMPU-MILIK KAN?


Kalau dapat RM1,000 dan RM 300 digunakan untuk perfume, memang kerja gila. 

Tapi kalau sekadar asingkan RM30 daripada RM1,000 setiap bulan bukankah lebih waras dan bijak?


Jadilah pembeli yang bijak! tidak perlu bebankan diri dengan hutang!


.


Buat apa berhutang kalau boleh layby?

Biar lambat dapat, asal tak terjerat!