7 Perangkap Kad Kredit dan Cara Mengatasinya

MOHD HANIF BIN MOHD YUSOF 1,847 Viewer 03 May, 2024 21:52 PM

Kad kredit sangat berguna jika diuruskan dengan baik. Tetapi boleh mendatangkan bahaya jikalau kita tidak memahami dengan jelas segala terma dan syarat berkaitan kad kredit.ang "percuma". Kad kredit bukanlah duit percuma. Masih ramaia pengguna kad kredit yang baru dan berpengalaman masih terjebak kedalam perangkap kad kredit.

Sekiranya anda terfikir untuk mendapatkan kad kredit  — memahami bahaya yang datang bersama dengan kad kredit dapat membantu anda menanam tabiat kad kredit yang lebih baik. Terdapat cara untuk menggunakan kad kredit dengan penuh tanggungjawab dan mengelakkan penggunanya daripada terjerumus kedalam perangkap kad kredit yang sangat banyak.


Perangkap 1 - Godaan untuk Membelanjakan Lebih.

Kajian menunjukkan bahawa pengguna berbelanja lebih banyak ketika mereka membayar dengan kad kredit berbading ketika membayar dengan wang tunai. Dalam satu kajian, para peserta sanggup menghabiskan dua kali lebih banyak ketika menggunakan kad kredit dan bukannya wang tunai. Mudah dan senang menghabiskan wang dengan kad kredit, dan anda tidak merasakan "kesakitan" wang tunai keluar dari dompet anda. Ini juga dapat menjelaskan kenaikan kadar hutang kad kredit di Malaysia.

Cara menghindarinya: Tetapkan had perbelanjaan peribadi dengan kad kredit anda, berdasarkan jumlah yang anda mampu bayar setiap bulan. Hati-hati agar anda tidak membelanjakannya untuk  gaya hidup yang sebenarnya anda tidak mampu..


Perangkap 2-Kadar Faedah yang menyukarkan untuk melangsaikan pinjaman.

Membayar baki kad kredit sepenuhnya setiap bulan membolehkan anda mengelakkan pembayaran faedah sama sekali. Sekiranya anda tidak membayar baki sepenuhnya, maka sebahagian dari setiap pembayaran akan dikenakan bayaran tambahan yang dipanggil 'faedah'. Bayaran tambahan ini akan memanjangkan tempoh bayaran balik pinjaman.

Cara menghindarinya: Bayar baki anda sepenuhnya untuk mengelakkan pembayaran faedah pembelian. Realitinya memang anda tidak akan dapat membayar penuh kad kredit anda. Jika anda mampu, tidak perlulah menggunakan kad kredit. Maka, fahami terma dan syarat kad kredit sepenuhnya dan buat perkiraan sebelum berbelanja.


Perangkap 3 - Terjerumus kedalam kitaran hutang yang tidak berakhir.

Apabil anda meminjam wang, ia bermaksud anda sedang membuat hutang. Semakin banyak anda meminjam, tanpa membayar balik, semakin mendalam hutang anda. Hutang membawa kepada pelbagai masalah lain, dan tidak semuanya berupa kewangan. Hutang boleh menyebabkan tekanan, kemurungan, dan masalah kesihatan lain, semuanya boleh memberi kesan serius.

Apabila hutang semakin bertambah, semakin sukarlah mencapai matlamat kewangan yang lain. Wang dari titik peluh pekerjaan anda akan dihabiskan dengan membayar hutang. Berapa sahaja baki yang tinggal untuk simpanan, persaraan, percutian, pendidikan anak, belanja barang dapur dan sebagainya?

Cara menghindarinya: Guna kad kredit bila betul-betul perlu. Bukan untuk kemewahan, tapi untuk keperluan. Mungkin didalam situasi kecemasan sepeti ketika anda tiada duit, tetapi kereta rosak yang menelan belanja tinggi,apabila tiada kenderaan, menyukarkan untuk anda bergerak mencari rezeki, maka tidak salah menggunakan kad kredit sekiranya duit simpanan tidak mencukupi.


Perangkap 4 - Risiko merosakkan Skor Kredit (CCRIS).

Anda memerlukan skor kredit yang baik untuk mendapatkan pinjaman pembiayaan yang lebih besar dan penting seperti pinjaman pembiayaan membeli rumah dan kenderaan. Apabila pembayaran kad kredit tidak diuruskan dengan baik, bank akan melihat anda sebagai risiko, maka berkuranganlah jumlah pinjaman yang diluluskan (walaupun secara pendapatan, anda layak untuk mendapatkan jumlah pinjaman yang tlebih tinggi dengan kaedah pinjaman yang lebih rendah).

Cara menghindarinya: Cara terbaik untuk membina skor kredit yang baik adalah dengan membayar kad kredit anda tepat pada waktunya, menyimpan baki di bawah 30% dari had kredit anda, dan meminimumkan jumlah kad kredit yang dimiliki.


Perangkap 5 - Perasaan palsu anda sedang melangsaikan hutang ketika membayar bayaran secara minimum.

Pengeluar kad kredit anda hanya menghendaki anda melakukan pembayaran minimum setiap bulan untuk mengelakkan dari dikenakan caj bayaran lewat dan menjaga akaun kad kredit anda. Malangnya, selain tidak membuat pembayaran sama sekali, pembayaran minimum adalah kaedah terburuk untuk melunaskan baki pinjaman anda. Anda akan menghabiskan lebih banyak masa untuk membayar baki dan membayar lebih banyak faedah jika anda hanya membuat pembayaran minimum.

Cara menghindarinya: Membayar baki sepenuhnya adalah ideal, tetapi jika anda tidak dapat melunaskan keseluruhan baki, bayar lebih daripada minimum untuk menghilangkan baki anda lebih cepat dan mengurangkan jumlah faedah yang anda bayar secara keseluruhan. Buat perancangang pembayaran balik sebelum mulakan hutang.


Perangkap 6 - Syarat Kad Kredit yang mengelirukan.

Walaupun terma dan syarat kad kredit telah ditulis dan dipaparkan, terma-terma yang digunakan bukan mudah untuk difahami. Malah, perkiraan kadar faedah, caj tambahan, dan denda boleh jadi sangat mengelirukan dan kadang-kadang bergantung kepada pelbagai situasi dan jenis kad! 

Cara menghindarinya: Fahami pelbagai jenis terma dan perkiraan asas berkaitan kad kredit. Buat perbandingan sebelum memilih pelan kad kredit yang sesuai dengan keperluan anda. Hubungi pihak bank atau wakil kad kredit untuk mendapatkan penjelasan yang lebih terperinci sekiranya anda masih keliru. 


Perangkap 7 - Lebih sukar untuk mengesan perbelanjaan (expenses tracking).

Menjejaki perbelanjaan (expenses tracking) adalah asas kepada kawalan kewangan yang sihat. Secara ringkasnya, mudah untuk anda memeriksa kemana wang anda digunakan apabila anda mencatatkannya. Tanggungjawab mencatat ini menjadi sukar kerana biasanya anda tidak mencatat secara segera ketika wang digunakan, biasanya anda bergantung kepada penyata akaun dihujung bulan untuk mencatat. Lebih banyak penyata bulanan yang anda miliki, lebih sukar untuk anda membuat catatan. Akhirnya, anda tidak buat langsung expenses tracking dan ini sangat merbahaya!

Cara menghindarinya: Kurangkan jumlah kad kredit dan akaun bank. Gunakan aplikasi di telefon pintar anda untuk membuat expenses tracking.

...................


Kami faham, realitinya anda mungkin memerlukan untuk membuat pembelian dengan membayar secara ansuran untuk membeli barangan yang lebih berkualiti. Menjadi lumrah apabila barang berkualiti, harganya lebih mahal.

Tapi tahukah anda ada cara yang lebih bijak dan selamat untuk membuat bayaran ansuran pada masa sama tidak berhutang? Jom kenali konsep Layby! Konsep pembelian secara ansuran yang telah digunapakai semenjak tahun 1930-an di negara maju.