5 TIPS TIDAK TERTIPU DENGAN PEMBELIAN ONLINE!

Imran Adam 814 Viewer 26 Apr, 2024 13:55 PM

5 TIPS TIDAK TERTIPU DENGAN PEMBELIAN ONLINE!
...
.
Di zaman yang semakin maju ini, pembelian online memang tidak asing lagi dalam kalangan masyarakat kita kerana ianya memudahkan kita membeli. 

Tetapi kena ingat, kita mesti "aware" dengan sesetengah pihak yang mengambil kesempatan untuk menipu. 
Disini, kami beri 5 tips supaya tidak tertipu dengan pembelian online! 

1. Cari Tahu Tentang Reputasi Penjual.

Sebelum memutuskan untuk membeli suatu barang secara online, terutama di website atau applications e commerce. Penting untuk melakukan “research” terlebih dahulu terhadap penjual barang yang akan dibeli.
Beberapa langkah yang boleh kita lakukan, iaitu memastikan status akaun atau website aktif atau tidak dan “feedback” lebih banyak positif atau negatif.

2. Check review setiap barang yang hendak dibeli.

Setelah memastikan penjual boleh dipercayai, semak ulasan produk yang ingin kamu beli dari pengguna lain yang sudah membelinya terlebih dulu.
Semak ulasan satu per satu gambar yang di muatnaik bagi membantu semakin yakin terhadap produk yang akan dibeli.

3. Adakah harganya masuk akal?

Jangan tertipu dengan  harga murah, kerana hal ini boleh saja membuatmu terjebak. Bandingkan harga produk yang sama dengan beberapa platform lain sekaligus. Adakah harganya masuk akal? Jika perbandingan harganya sedikit satu sama lain adalah hal yang wajar. Akan mencurigakan jika harga terlalu murah atau bahkan jauh melebihi yang ditetapkan.

Apabila terlalu murah boleh jadi ada niat untuk melakukan penipuan atau barang yang dijual bukanlah produk original.

4. Baca “description” barang.

Jika sudah memastikan reputasi akaun atau platform e commerce dan harga produk tiada masalah. Baca “description” produk dengan baik. Pertama, sesuaikan tajuk dengan “description” yang ada di halaman produk. Pastikan nama barang, spesifikasi hingga kelengkapan yang ditawarkan sudah sesuai.

Jika informasi kurang lengkap, kamu boleh menanyakan kepada penjual terus. 

5. Baca dan fahami “Terms & Conditions”

Setiap website e commerce memiliki “terms & conditions” masing-masing. Dengan fahami “terms & condition” yang ditetapkan oleh mereka, maka kita sudah siap menerima apa yang telah dijanjikan oleh penjual.
.
PEMBELIAN DI LAYBY.MY SANGAT TELUS! 

Di layby.my, anda tidak perlu risau dengan bayaran dan pembelian anda kerana kami sangat telus dalam sistem pembelian. 
Anda akan bayar jumlah yang dah ditetapkan saja.  Anda boleh bayar secara bulanan/ansuran. tiada apa apa caj lain ataupun denda jika anda lambat/ skip bayar.
.
Try la sekarang, dan rasa sendiri membeli secara terancang. Type kat Chrome atau Safari kat phone tu:
www.layby.my
.
Buat apa berhutang kalau boleh layby?
Biar lambat dapat, asal tak terjerat.