Ramai tahu 6 cara mudah uruskan kewangan ni. Tapi taknak amalkan.

MOHD HANIF BIN MOHD YUSOF 1,675 Viewer 26 Apr, 2024 22:17 PM

Ramai yang tak pasal tips kewangan. Tapi kenapa tak ramai yang amalkan?

Mungkin sebab overthinking. Mungkin sebab takut gagal. Jom buka minda, berfikir secara positif. Hentikan membuat kajian, mulakan mengamalkan.


Tukar dari "macam mana kalau tak jadi" kepada "macam mana kalau jadi"

Disini, kami senaraikan 6 cara paling mudah untuk mengawal dan menguruskan kewangan anda:


1. Setiap kali terima gaji bulanan, pastikan anda mengasingkan sejumlah wang sekurang-kurangnya 10% untuk dijadikan simpanan.


2. Utamakan keperluan berbanding kehendak diri. Jelaskan segala komitmen bulanan seperti kereta, rumah dan bil-bil bulanan terlebih dahulu. Kemudian baharu memasang niat untuk berbelanja ke arah memenuhi kehendak diri.


3. Belanja mengikut kemampuan, elakkan berhutang untuk barang yang bukan menjadi keperluan. Kecuali untuk membeli barang yang tidak mampu dibeli secara tunai seperti kereta dan rumah.


4. Bebas daripada hutang jahat seperti kad kredit, pinjaman peribadi dan seangkatan dengannya. Impak terikat dengan hutang sebegini hanya akan mengakibatkan anda menanggung beban hutang yang mempunyai kadar faedah yang tinggi.


5. Wujudkan akaun simpanan yang tidak menggunakan kad ATM supaya mengelakkan anda mengeluarkan wang sesuka hati. Sebagai contoh simpanan ASB di mana pengeluaran wang hanya boleh dilakukan di kaunter bank.


6. Pastikan anda mempunyai pelan insurans yang mampu melindungi diri anda dan keluarga secara komprehensif. Kita tidak dapat menjangka apa yang akan berlaku pada masa depan. Jadi sebaiknya, mencegah lebih baik daripada mengubati.