SALAH GUNA KAD KREDIT, AKAN MEMBAWA MUSIBAH KEPADA ANDA.

Imran Adam 679 Viewer 10 May, 2024 01:00 AM

SALAH GUNA KAD KREDIT, AKAN MEMBAWA MUSIBAH KEPADA ANDA. 


.


Sekarang memang ramai yang gunakan kad kredit tanpa tahu apa yang akan berlaku kepada mereka akan datang jika mereka tidak mampu membayar hutang kad kredit. 

Ini terjadi kerana kita selalu swipe kad kredit kita di tempat yang salah. 

Contoh : kita swipe kad kredit kita dekat tempat staycation kita, kedai atau cafe hipster yang viral. Benda ni memang nampak kecil tapi sangat besar impact dia dekat korang masa akan datang jika terlalu banyak habiskan wang kad kredit kepada benda yang tak perlu ataupun yang kita boleh bayar secara cash. 

Kalau anda gunakan kad kredit untuk waktu kecemasan ia tidak menjadi masalah sebab memang tujuan utama ada kad kredit untuk memudahkan kita membayar waktu kecemasan. 

.

Bahaya tahu kalau kita salah guna kad kredit ni. Bermacam musibah boleh terjadi sekiranya kita salah guna. Contoh kita akan muflis, mengalami masalah mental, punca gaduh antara keluarga dan bermacam lagi benda buruk boleh berlaku.

Swipe kad kredit anda di tempat yang betul dan lihat teliti betul betul syarat sebelum nak guna kad kredit. Jangan tambahkan komitmen atau hutang anda untuk benda yang tak perlu. 


Susah nanti anda nak membuat pinjaman untuk beli rumah, kereta ataupun pendidikan jika anda terlibat dengan hutang kad kredit. Kalau rasa tidak mampu, jangan sesekali buat kad kredit! 

Sekali dah berhutang, sampai ke sudah susah nak bayar tau. 

.

Jika anda ingin membeli sesuatu barang berkualiti tanpa menggunakan kad kredit, anda boleh membeli secara layby di www.layby.my. 

Pembelian secara ansuran yang bebas hutang! Layby sekarang untuk merasa pengalaman membeli secara ansuran. 

.

Buat apa berhutang kalau boleh layby?

Biar lambat dapat, asal tak terjerat!